Situasi Semasa Demam Denggi Di Negeri Sembilan Tahun 2022 (Sehingga 27 Ogos 2022)

Pada minggu Ke-34 tahun 2022, bilangan kes Denggi yang didaftarkan di Negeri Sembilan adalah sebanyak 40 kes. Tren Denggi pada minggu semasa menunjukkan peningkatan bilangan daftar kes berbanding minggu ke-33 tahun 2022. Jumlah kumulatif kes Denggi di Negeri Sembilan sehingga minggu semasa adalah sebanyak 1,077 kes berbanding 409 kes sehingga minggu yang sama tahun 2021. Terdapat peningkatan kes sebanyak 163.3% berbanding tempoh yang sama tahun 2021. Kumulatif lokaliti wabak yang masih aktif ialah sebanyak 6 lokaliti wabak, di mana 5 lokaliti wabak di daerah Seremban dan 1 lokaliti di daerah Rembau. Aktiviti pencegahan dan kawalan telah dilakukan mengikut SOP yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Semua anggota kesihatan yang terlibat dalam aktiviti kawalan denggi di lapangan diwajibkan untuk memakai alat pelindung diri terutama pelitup muka. Aktiviti kawalan yang dilaksanakan termasuklah aktiviti cari dan musnah tempat pembiakan Aedes di premis kediaman, aktiviti larviciding, semburan pengasapan di premis kediaman dan promosi kesihatan. Tiada kes kematian akibat demam denggi dilaporkan di Negeri Sembilan pada minggu semasa tahun 2022. Kumulatif kes kematian denggi sehingga minggu semasa adalah sebanyak 2 kes.

 

Jadual 1: Situasi Denggi Mengikut Daerah di Negeri Sembilan.

 

DaerahKes Minggu Semasa
(Mg 34/2022)
Perbandingan Kes Secara Kumulatif Sehigga Minggu Ke-34% Peningkatan atau Penurunan
20222021
Seremban 29 789(2) 330(1) 139.1%
Port Dickson 2 42 17 147.1%
Jempol 1 80 17 370.6%
Tampin 1 28 14 100.0%
Kuala Pilah 2 16 6 166.7%
Rembau 4 88 12 633.3%
Jelebu 1 34 13 161.5%
N.Sembilan 40 1,077(2) 409(1) 163.3%

*(    ): kematian

 

 

Jadual 2: Kawasan - Kawasan Wabak Denggi Yang Masih Aktif

 

Bil

Daerah

Lokaliti

Status Wabak

Bil. Kes

Tarikh Mula

Tarikh Tamat

1

Rembau

Taman Chembong Jaya

WT

4

21/8/2022

4/9/2022

2

Seremban

Flat Nilai Perdana (Blok A-C, Blok LA-LD)

WT

4

5/8/2022

31/8/2022

3

Seremban

Taman Kemuning

WT

2

15/8/2022

29/8/2022

4

Seremban

Taman Alamanda

WT

4

23/8/2022

9/9/2022

5

Seremban

Rumah Rakyat Sikamat 2

WT

2

24/8/2022

7/9/2022

6

Seremban

Bandar Seremban Selatan Fasa 1

WT

2

25/8/2022

8/9/2022

  Catatan : (WT – Wabak Terkawal)

jata

jknns

Paparan Web

Paparan terbaik menggunakan : 

Google Chrome;
Internet Explorer;
  Firefox,
dengan resolusi  1366 x 768

Mobile Web

Image

Jumlah Pelawat

0.png0.png1.png2.png9.png9.png6.png0.png4.png
Hari Ini265
Semalam1775
Minggu ini5519
Bulan ini9325
Keseluruhan1299604

Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan
Jalan Rasah, 70300 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus
Tel : 06-7664800