Pengenalan

Latar Belakang Agensi

Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan (JKNNS) yang terletak di Jalan Rasah, Seremban merupakan Ibu Pejabat untuk Kementerian Kesihatan Malaysia bagi Negeri Sembilan. Semua pentadbiran dan aktiviti peringkat negeri adalah diuruskan oleh jabatan ini. JKNNS pada asalnya terletak di Jalan Lee Sam, Seremban manakala beberapa bahagian beroperasi di lokasi berasingan. Sejajar dengan keperluan pengurusan, sebuah bangunan baharu dibina di Jalan Rasah, Seremban pada tahun 2010 dan mula beroperasi sepenuhnya pada 1 Februari 2012.

Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan diketuai oleh Pengarah Kesihatan Negeri mempunyai 6 bahagian iaitu Bahagian Perubatan, Bahagian Kesihatan Awam, Bahagian Kesihatan Pergigian, Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan dan Bahagian Pengurusan. Bahagian-bahagian tersebut diterajui oleh Timbalan-Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri yang bertanggungjawab kepada Pengarah Kesihatan Negeri.

Di bawah JKNNS terdapat 7 hospital, 7 Pejabat Kesihatan Daerah, 7 Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah, 50 klinik kesihatan, 96 klinik desa, 18 klinik komuniti dan 46 klinik pergigian.

0
Hospital & Pejabat Kesihatan Daerah
0
Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah
0
Klinik Kesihatan
0
Klinik Desa
0
Klinik Komuniti
0
Klinik Pergigian

logo big

jknns

Paparan Web

Paparan terbaik menggunakan : 

Google Chrome;
Internet Explorer;
  Firefox,
dengan resolusi  1366 x 768

Mobile Web

Image

Jumlah Pelawat

0.png0.png0.png0.png2.png7.png6.png4.png1.png
Hari Ini294
Semalam655
Minggu ini2735
Bulan ini6572
Keseluruhan27641

Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan
Jalan Rasah, 70300 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus
Tel : 06-7664800  |  Faks : 06-7638543