Perutusan Pengarah

Pengarah Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,

Y.Bhg Dato/Dr/Tuan/Puan,

Terima kasih kepada semua warga maya yang mengunjungi Laman Web Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan Darul Khusus.

Seiring dengan perkembangan teknologi masa kini, melalui wadah gerbang informasi ini, Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan (JKNNS) akan berusaha menyalurkan informasi-informasi terkini berkaitan kesihatan, program, aktiviti, perkhidmatan dan pengurusan kesihatan yang disediakan oleh jabatan, hospital, klinik dan lain-lain fasiliti kesihatan buat warga kerja JKKNS dan masyarakat awam.

Melalui medium rasmi ini juga, saya berharap kita semua mengambil tanggungjawab, inisiatif dan prihatin untuk memperkasakan pengetahuan tentang kesihatan diri dan keluarga serta masyarakat supaya dapat bersama merealisasikan impian melahirkan masyarakat sihat sesuai dengan visi jabatan selaras dengan dasar Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu ‘Bersama komuniti mencapai kesihatan sejagat dan menikmati hidup yang berkualiti’.

Warga JKNNS sedia memberikan komitmen dalam membantu melahirkan masyarakat yang peka kepada kesihatan diri.  Secara tidak langsung ia akan meningkatkan taraf kesihatan negara sesuai dengan moto Kementerian Kesihatan Malaysia ‘Kami Sedia Membantu’.

Harapan saya, medium ini memberi manafaat dan sumber maklumat khusunya berkaitan kesihatan kepada semua pengunjung.

Saya amat mengalu-alukan cadangan penambaikan, pandangan membina mahupun sebarang komen bagi memantapkan kandungan laman web ini dan mutu perkhidmatan yang disediakan JKNNS. 

Selamat melayari laman web ini dan semoga bermanafaat untuk semua.

 

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menjalankan amanah

 

DATO'  DR. HARLINA BT. ABDUL RASHID
PENGARAH KESIHATAN NEGERI
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

Image

jata

jknns

Paparan Web

Paparan terbaik menggunakan : 

Google Chrome;
Internet Explorer;
  Firefox,
dengan resolusi  1366 x 768

Mobile Web

Image

Jumlah Pelawat

0.png0.png0.png2.png7.png5.png6.png4.png5.png
Hari Ini628
Semalam836
Minggu ini628
Bulan ini19239
Keseluruhan275645

Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan
Jalan Rasah, 70300 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus
Tel : 06-7664800