Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan,
Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan
Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan(BKKM) di peringkat negeri diketuai oleh Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Keselamatan dan Kualiti Makanan), manakala di peringkat daerah pelaksanaan aktiviti adalah di bawah Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan, Pejabat Kesihatan Daerah. Bahagian ini bertanggungjawab dalam merancang, melaksana, memantau dan menilai aktiviti keselamatan dan kualiti makanan bagi melindungi masyarakat daripada bahaya-bahaya kesihatan yang berpunca daripada pencemaran makanan dan penipuan dalam penyediaan, penjualan dan penggunaan makanan.
Bahagian ini menjalankan aktiviti-aktiviti berkaitan keselamatan dan kualiti makanan seperti Pematuhan dan Kawalan Makanan Domestik, Pensijilan, Pelesenan dan Pembangunan Industri Makanan, Komunikasi dan Kepenggunaan, Survelan Makanan, Import dan Eksport Makanan, Penguatkuasaan Akta Makanan 1983, Akta Juruanalisis Makanan 2011 dan Peraturan- Peraturan di bawahnya. Terdapat lima (5) unit di bawah Bahagian ini iaitu :
- Unit Komunikasi & Kepenggunaan dan Pelesenan
- Unit Industri Makanan
- Unit Survelan dan Institusi
- Unit Pematuhan Domestik
- Unit Pengurusan
Memastikan keselamatan makanan dan mempertingkatkan integriti negara dalam keselamatan dan kualiti makanan melalui tanggungjawab dan akauntabiliti bersama berasaskan sistem pengurusan tripartite yang berkesan ke arah Wawasan 2020.
Mewujudkan penglibatan dan penyertaan masyarakat untuk kesihatan bagi meransang dan memudahkan rakyat untuk:
- Mencapai sepenuhnya kemampuan kesihatan mereka.
- Menghargai kesihatan sebagai aset yang bernilai.
- Mengambil langkah positif meningkatkan lagi dan mengekalkan status kesihatan bagi menikmati kehidupan yang lebih bermutu.
BKKM ditubuhkan bagi memantapkan aktiviti merancang, melaksana, memantau dan menilai Program Keselamatan dan Kualiti Makanan bagi melindungi orang ramai terhadap bahaya dari segi kesihatan dan penipuan pada penyimpanan, penyediaan, pemprosesan pembungkusan, pengangkutan, penjualan dan penggunaan makanan; serta memudahkan perdagangan makanan.
Unit Komunikasi & Kepenggunaan dan Pelesenan
- Aduan dan pertanyaan.
- Promosi/pameran/ceramah/khidmat nasihat.
- Aktiviti pelesenan AMB, AMS dan Kilang Ais dan MJA.
- Penguatkuasaan Akta Juruanalisis 2011
- Audit teknikal daerah Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan Daerah.
Unit Industri Makanan
- Aktiviti pengeluaran sijil-sijil eksport makanan.
- Memberi khidmat nasihat kepada industri/siasatan/kawalan import makanan.
- Program Jaminan Keselamatan Makanan (Pensijilan MeSTI, GMP dan HACCP)
- Pengiktirafan BeSS, Pensijilan Trust My Catering (TMC) dan Pendaftaran MyFood Tag (MFT).
- Verifikasi rantaian makanan Pensijilan Autentik, Food Defense dan Organik.
Unit Survelan dan Institusi
- Program pensampelan makanan / pensampelan survelan makanan.
- Program pemantauan institusi (sekolah/IPTA/IPTS) di Negeri Sembilan.
- Program pencegahan & siasatan keracunan makanan.
- Pemantauan aktiviti Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM) dan Tenaga Pengajar SLPM.
Unit Pematuhan Domestik
- Pemeriksaan tahap kebersihan premis outlet makanan.
- Aktiviti pensampelan makanan.
- Food alert domestik/import.
- Operasi premis bersih /kantin dan dapur asrama sekolah yang dikemukakan oleh Pejabat Kesihatan Daerah dan mengemukakan kepada Pejabat Pengarah/IPPKM.
Unit Pengurusan
- Sumber manusia.
- Pembangunan modal insan.
- Pengurusan pentadbiran.
- Pengurusan kewangan dan keperluan aset.
- Keselamatan, kebersihan dan keceriaan pejabat.