

BENGKEL PENGURUSAN PENYAKIT RICKETTSIAL PERINGKAT NEGERI SEMBILAN 2025
Unit Penyakit Bawaan Vektor (UPBV), Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan dengan
kerjasama Unit Bakteriologi dan Unit Akarologi Institute for Medical Research (IMR), National
Institutes of Health (NIH), Setia Alam telah menganjurkan Bengkel Pengurusan Penyakit Rickettsial
Peringkat Negeri Sembilan 2025 pada 5-7 Ogos 2025 bertempat di IMR, NIH Setia Alam. Bengkel ini
telah dirasmikan oleh Dr Mohd Ammar Ihsan Bin Ahmad Zamzuri, Ketua Penolong Pengarah Kanan,
Unit Penyakit Bawaan Vektor, JKNNS.
Objektif utama penganjuran adalah untuk menghasilkan garis panduan yang komprehensif dalam
pengurusan klinikal dan kesihatan awam bagi penyakit Rickettsial; merangkumi aspek pencegahan,
diagnosis, rawatan, dan langkah-langkah kawalan penularan penyakit ini.
Bengkel penghasilan garis panduan ini telah dihadiri oleh 37 anggota kesihatan dari pelbagai fasiliti
awam dan swasta, masing-masing mempunyai kepakaran dalam bidang pengurusan penyakit
Rickettsial. Barisan fasilitator yang telah membimbing bengkel ini adalah; Dr Yazli Yuhana, Pakar
Perunding Perubatan Dalaman & Pakar Perubatan Penyakit Berjangkit KPJ Ampang Puteri, Dr
Mariana Binti Ahamad, Ketua Unit Akarologi, IMR, NIH, Setia Alam dan Dr Siti Roszilawati Binti Ramli
, Ketua Unit Bakteriologi, IMR NIH, Setia Alam.
UPBV mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua fasilitator, peserta, dan rakan
strategik yang menjayakan bengkel ini. Semoga usaha bersama ini terus memperkukuh
kesiapsiagaan Negeri Sembilan dalam menangani penyakit Rickettsial secara lebih terancang, cepat,
dan berkesan.


Paparan terbaik menggunakan :
Google Chrome;
Internet Explorer;
Firefox,
dengan resolusi 1366 x 768









Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan
Jalan Rasah, 70300 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus
Tel : 06-7664800