Image

Hospital Port Dickson pada awalnya adalah Hospital Beri- Beri (Sumber Arkib Negara). Hospital lama telah dibina pada 1895. Rekabentuk Hospital Port Dickson adalah berkonsepkan HOSPITAL NUKLEUS yang pertama di Malaysia pada 1994. Konsep NUKLEUS adalah adaptasi senibina dari Hospital di United Kingdom. Kos pembinaan hospital adalah 40 juta dengan keluasan 55 ekar.

Hospital ini terletak 11km dari bandar Port Dickson, 33km dari Seremban dan 60km dari Kuala Lumpur. Mempunyai liputan perkhidmatan merangkumi 5 mukim dengan 65 kampung dan seluas 562 batu persegi. Hospital ini telah mula beroperasi secara rasmi pada 6 Jun 1994.

Pada masa ini, Hospital Port Dickson mempunyai 116 buah katil rasmi dengan 5 wad utama, 1 Dewan Bedah dan  berstatus Hospital Berpakar Minor sejak tahun 2010.

 

Senarai Pengarah Hospital

  • Dr Sudha Devi A/P Theagarajah 

April 1994 - 1 Sept 2000 

  • Dr Rachal Matthew

2 Sept 2000 - 1 Dis 2005

  • Dr Zuraini Zainal

1 Dis 2005 - 30 Mei 2015

  • Dr Rohaya A. Rahman

1 Jun 2015 - 21 Jul 2017

  • Dr Muhammad Zamri Harun

 21 Jul 2017 - 26 April 2019

  • Dr Mohd Zulfa Muhamad

 29 April 2019 hingga kini