Soalan Lazim

Perkhidmatan & Rawatan

Kecemasan merupakan keadaan di mana sekiranya anda tidak diberikan rawatan dengan segera, ada kemungkinan berlakunya kehilangan nyawa atau cacat kekal, atau sekiranya rawatan ditangguh dengan lebih lama, keadaan anda akan bertambah teruk. Antara contoh kes kecemasan adalah:

  • serangan jantung;
  • sesak nafas;
  • sawan;
  • tidak sedarkan diri;
  • degupan jantung yang laju;
  • kemalangan di jalan raya/tempat kerja/domestik,
  • kepatahan;
  • melecur; dan
  • pendarahan yang banyak.

Kes-kes yang boleh dirawat di zon kecemasan meliputi kes-kes akut multi disiplin termasuk perubatan, pembedahan dan kes-kes trauma. Kes-kes ini akan dibahagikan dirawat mengikut keutamaan dan tahap penyakit tersebut sama ada

  • kritikal (Zon Merah),
  • separa kritikal (Zon Kuning) dan
  • tidak kritikal (Zon Hijau).

Sistem ini dinamakan sistem saringan (triage). Sistem saringan ini  adalah berdasarkan Malaysian Triage Scale (MTS) yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Fasiliti & Kemudahan

Lokasi Jabatan Kecemasan & Trauma HTJS ialah di Bangunan Utama.

Perubatan & Kesihatan

Pesakit atau waris perlu memuat turun borang permohonan laporan perubatan yang boleh didapati di laman web ini iaitu di sini:

{phocadownload view=category|id=23|target=s}

Permohonan lengkap boleh dihantar melalui pos / datang sendiri ke  kaunter laporan perubatan di Bangunan Utama berhampiran Jabatan Kecemasan dan Trauma. 

Permohonan lengkap :

  1. Salinan kad pengenalan pesakit
  2. Salinan  kad pengenalan ejen
  3. Consent asal pesakit
  4. Salinan kad rawatan
  5. Salinan mc
  6. Salinan surat keluar wad
  7. Borang insuran berkaitan

Bayaran RM40 (money order) untuk laporan biasa atas nama Pengarah Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi Jabatan Rekod Perubatan di sambungan talian 3072/3073/3028.

Pentadbiran & Umum

Tidak, kanak-kanak di bawah umur 12 tahun adalah dilarang untuk  melawat pesakit di wad. Larangan ini bertujuan untuk mengelakkan daripada berlakunya jangkitan silang (cross infection). Peraturan ini juga dikuatkuasakan bagi menghormati pesakit-pesakit lain di wad.

PENAFIAN
DASAR PRIVASI
DASAR KESELAMATAN

Hospital Tuanku Ja'afar
Jalan Rasah, 70300 Seremban, Negeri Sembilan
Telefon: 06-768 4000 | E-mel: htjs[at]moh.gov.my

ISO 9001:2015 ISO 9001:2015 MS ISO 2735:2021 Baby Friendly Kafeteria Sihat
Statistik Pelawat