Jata

Jabatan Radiologi

Jabatan Radiologi

Pengenalan

Jabatan Radiologi merupakan salah satu jabatan sokongan klinikal yang beperanan penting di Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban (HTJS) dalam memberi perkhidmatan pengimejan diagnostik dan teraputik invasive tertentu untuk pesakit dalam dan pesakit luar serta semua pesakit dari Hospital Kluster di bawah HTJS dan juga klinik-klinik kesihatan yang dirujuk ke HTJS. Perkhidmatan radiologi terdapat di enam (6) lokasi iaitu di bangunan utama HTJS, Jabatan Kecemasan dan Trauma, Klinik Pakar, Pusat Rawatan Harian (ACC), Blok Wanita dan Kanak-Kanak (WCC) dan Jabatan Forensik.

Objektif

  1. Menjadi pusat rujukan dalam bidang kepakaran radiologi untuk seluruh perkhidmatan radiologi di Negeri Sembilan

  2. Memberi perkhidmatan yang cemerlang, professional dan mengikut Akta Perlindungan Radiasi

  3. Meningkatkan kemahiran staf dengan latihan yang berterusan selaras dengan perkembangan terkini bidang pengimejan perubatan

Perkhidmatan

  1. Radiografi Am

  2. Radiografi Khas (CT Scan, MRI, Mammografi, Floroskopi, Ultrasound)

  3. Radiografi Dental (OPG/CBCT)

  4. Radiografi Mudah Alih (Mobile Radiography)

  5. Radiografi Dewan Bedah dan CCU

  6. Bone Mineral Densitometry (BMD)

Direktorat Diagnostik Klinikal & Forensik