Kemudahan Awam

Kemudahan Awam

Asrama Anjung Kasih
Asrama Anjung KasihPERCUMA

Asrama Anjung Kasih merupakan bangunan yang disediakan oleh Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban khususnya kepada waris yang mengiringi pesakit yang sedang menjalani rawatan di Hospital. Anjung Kasih mempunyai 25 bilik termasuk bilik OKU. Terdapat juga Bilik Pentadbiran, Bilik Dobi dan surau. Kemudahan-kemudahan yang disediakan di dalam bilik-bilik adalah set katil, almari, meja makan dan kipas dinding. Semua kelengkapan bilik adalah sumbangan daripada Yayasan Kebajikan Negara (YKN).

Borang Kemasukan Asrama Anjung Kasih

Surau ar-Rayyan
Surau ar-RayyanPERCUMA

Surau Ar-Rayyan merupakan kemudahan ibadah percuma yang disediakan untuk pesakit, waris, dan kakitangan hospital sebagai ruang solat serta aktiviti keagamaan harian.

Terletak di dalam kawasan hospital iaitu berhadapan dengan Jabatan Kecemasan dan Trauma, surau ini menjadi tumpuan pesakit dan waris yang menunggu proses rawatan di HTJS.

Surau Ar-Rayyan beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu, dan mudah diakses. Ia dilengkapi dengan ruang solat berkarpet yang luas dan selesa, tempat wuduk yang bersih dan mencukupi, serta kemudahan pengudaraan dan pencahayaan yang baik.

Perbankan ATM
Perbankan ATMPERCUMA

Kemudahan perbankan ATM ini disediakan bagi kemudahan orang awam dan kakitangan hospital untuk pengeluaran wang tunai. Mesin ini terletak di Aras G bersebelahan dengan Kedai Serbaneka.

Pondok Polis
Pondok PolisPERCUMA

Pondok polis ini terletak bersebelahan dengan Jabatan Kecemasan di Bangunan Klinik Pakar dan beropersi 24 jam.

Pegawai polis yang ditempatkan adalah dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan, Jalan Campbell. 

Kafetaria
KafetariaPERCUMA

Kafeteria Hospital Tuanku Ja’afar Seremban terletak di aras LG Bangunan Klinik Pakar. Ianya menyediakan pelbagai jenis pilihan makanan kepada kakitangan hospital dan juga orang awam.

Kafeteria ini beroperasi dari pukul 6.00 pagi hingga 7.30 malam setiap hari.

HospiMart
HospiMartPERCUMA

Kedai serbaneka ini menjual pelbagai barangan keperluan dan juga makanan. Terletak di Aras G Bangunan Utama, Hospital Tuanku Ja’afar Seremban.

Tandas Awam
Tandas AwamPERCUMA

Terdapat 10 buah tandas awam yang disediakan di Bangunan Utama di mana kesemuanya berada di Level G. Manakala di terdapat 11 buah tandas awam di Bangunan Klinik Pakar untuk kemudahan orang awam.

Hentian Teksi
Hentian TeksiPERCUMA

Hentian teksi ini terletak berhadapan dengan bangunan Pusat Rawatan Harian HTJS bagi kemudahan orang awam mendapatkan kemudahan pengangkutan awam teksi.

Bas Shuttle
Bas ShuttlePERCUMA

Perkhidmatan pengangkutan yang disediakan kepada orang awam adalah kemudahan Shuttle Bus untuk membawa pelanggan ke Hospital setiap hari bermula pada pukul 7.00 pagi hingga 7.30 malam kecuali hari Sabtu dan Ahad dan Cuti Umum.

Vending Machine
Vending MachinePERCUMA


Stor 3R
Stor 3RPERCUMA

Program Reduce, Reuse, Recycle (3R) antara skop program kelestarian yang telah dijalankan di Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban sejak tahun 2016 lagi. Pengumpulan barang kitar semula di Hospital adalah kotak dan botol. Pada setiap hari, pengambilan kotak dan botol akan dilakukan oleh Porter 3R di semua lokasi yang telah ditetapkan di dalam bangunan Hospital. Pengumpulan semua barang kitar semula ini akan diletakkan di Pusat Kitar Semula Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban dan hasil jualan akan diserahkan kepada Unit Hasil Hospital. 

PENAFIAN
DASAR PRIVASI
DASAR KESELAMATAN

Hospital Tuanku Ja'afar
Jalan Rasah, 70300 Seremban, Negeri Sembilan
Telefon: 06-768 4000 | E-mel: htjs[at]moh.gov.my

ISO 9001:2015 ISO 9001:2015 MS ISO 2735:2021 Baby Friendly Kafeteria Sihat
Statistik Pelawat