SEKITAR PROGRAM 10,000 LANGKAH MERDEKA & MINGGU PENYUSUAN SUSU IBU SEDUNIA 2026
Program 10,000 Langkah Merdeka bersempena dengan Majlis Perasmian Bulan Kebangsaan 2026 dan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia peringkat Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ), Seremban telah berlangsung dengan penuh jayanya dan sokongan yang padu daripada barisan Pengurusan Tertinggi Hospital.
Acara yang diadakan pada 21 Ogos 2026 (Jumaat) yang lalu bertempat di Perkarangan Bangunan Wanita & Kanak-Kanak (WCC), HTJ ini telah mendapat sambutan yang amat luar biasa dengan penyertaan hampir 500 orang peserta.
Program ini bukan sahaja berjaya memupuk kesedaran mengenai gaya hidup sihat dan kepentingan penyusuan susu ibu, malah turut menyemarakkan lagi semangat patriotisme dalam kalangan warga hospital dan masyarakat setempat.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada seluruh jawatankuasa penganjur, rakan kerjasama, serta para peserta yang telah hadir dan menjayakan program ini.
Semoga semangat ini terus kekal membara! Â
#HTJSeremban #10000LangkahMerdeka #BulanKebangsaan2026 #MingguPenyusuanSusuIbu #MalaysiaMadani #SihatBersamaHTJ #SerembanSee less




