Jata

Berita

Bayi Hari Malaysia Dirai

BAYI HARI MALAYSIA HTJS 2026 DIRAI

​16 September 2026 yang lalu telah membawa sinar kebahagiaan buat insan-insan yang bertuah apabila dikurniakan Bayi Hari Malaysia yang telah selamat dilahirkan di Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS).

​Bagi meraikan kedatangan "anak-anak Malaysia" ini, satu majlis penyampaian sumbangan hamper telah diadakan khas buat para ibu yang bersalin. Penyerahan sumbangan tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah I HTJS, Dr. Zuhaida binti Che Embi bersama Puan Zarinna binti Abu Zarin, Timbalan Pengerusi Ahli Lembaga Pelawat HTJS serta barisan Ahli Lembaga Pelawat HTJS.

​Sumbangan ini merupakan tanda ingatan tulus dan keprihatinan pihak pengurusan hospital serta Ahli Lembaga Pelawat dalam menyertai kegembiraan para ibu dan keluarga.

Semoga bayi-bayi yang dilahirkan pada hari bertuah ini membesar dengan sihat.
​
​#BayiHariMalaysia #HariMalaysia2026 #HTJS #HospitalTuankuJaafar #KamiPrihatin #Seremban