Jata

Berita

Bayi Merdeka 2026

SAMBUTAN BAYI MERDEKA 2026 HOSPITAL TUANKU JA'AFAR SEREMBAN

Sambutan Bayi Merdeka 2026 telah berlangsung pada 31 Ogos yang lalu bertempat di Bangunan Wanita dan Kanak-Kanak (WCC), HTJS. Sambutan yang diadakan di sini ini telah berlangsung secara sederhana.

Majlis istimewa ini diadakan khusus bagi meraikan kelahiran bayi-bayi bertuah yang dilahirkan pada tarikh bersejarah 31 Ogos, di samping berkongsi kegembiraan serta kesyukuran bersama para ibu dan keluarga yang menerima sinar kebahagiaan tersebut.

Selain itu, penganjuran ini turut bertujuan untuk menyemarakkan lagi semangat patriotisme dan menyebarkan kehangatan sambutan Bulan Kebangsaan di peringkat hospital.
Bagi menceriakan lagi suasana, penyerahan sumbangan dan cenderamata khas telah disempurnakan buat para ibu serta bayi Merdeka yang lahir pada 31 Ogos 2026. Pihak HTJ merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ahli Lembaga Pelawat Hospital (ALPH) serta pihak Co-opbank Pertama di atas sumbangan, keprihatinan, dan sokongan padu yang diberikan dalam menjayakan majlis ini.

Tahniah diucapkan kepada semua ibu bapa di atas kelahiran 'wira dan wirawati' Merdeka 2026. Semoga anak-anak ini membesar dengan sihat dan menjadi insan yang berbakti kepada agama, bangsa dan negara.

#HTJSeremban #BayiMerdeka2026 #BulanKebangsaan2026See less