Jata

Berita

Neurosurgical Scientific Meeting 2026

NEUROSURGICAL SCIENTIFIC MEETING 2026

Jabatan Pembedahan Saraf Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS) menzahirkan rasa bangga dan setinggi-tinggi penghargaan atas penganjuran Ministry of Health (MOH) Neurosurgical Scientific Meeting 2026 yang telah berlangsung dengan jayanya pada 21-23 Ogos lalu.

Majlis perasmian ini telah disempurnakan oleh YB Tuan Suhaimizan bin Bizar, Exco Kesihatan, Perpaduan, Penerangan, Integrasi Nasional dan NGO Negeri Sembilan. Turut hadir bersama ke majlis perasmian ini ialah Ketua Kepakaran Pembedahan Saraf Malaysia, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan (JKNNS) dan Pengarah Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban (HTJS).

Pihak Jabatan Pembedahan saraf HTJS mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada YB Exco atas kesudian merasmikan persidangan ini, serta keberadaan para pakar bedah saraf, penceramah jemputan, dan delegasi dari pelbagai negara.

Semoga penganjuran persidangan saintifik ini menjadi platform berimpak tinggi dalam memantapkan perkhidmatan neuropembedahan, perkongsian kepakaran, serta inovasi rawatan demi kesejahteraan pesakit di Malaysia.

Syabas dan tahniah kepada seluruh Jawatankuasa Penganjur!

#HTJS #MOHNeurosurgery2026 #NeurosurgicalScientificMeeting #KementerianKesihatanMalaysia #KesihatanNegeriSembilan