PROGRAM EKSPLORASI KELESTARIAN DAN PENGURUSAN ALAM SEKITAR
9 – 11 September 2026 | Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
Kelestarian bukan sekadar tentang menjaga alam sekitar, tetapi tentang membina kesedaran, mengambil tindakan dan meninggalkan impak yang bermakna untuk generasi akan datang. Â Â
Berteraskan aspirasi tersebut, Jawatankuasa Program Kelestarian Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban (HTJS) dengan penglibatan seramai 34 orang ahli telah melaksanakan Program Eksplorasi Kelestarian dan Pengurusan Alam Sekitar bersama Universiti Malaysia Terengganu (UMT).
Program ini memberi peluang kepada ahli jawatankuasa untuk meneroka amalan terbaik dalam pengurusan alam sekitar, pemuliharaan biodiversiti dan kelestarian melalui lawatan ke Kompleks Penyelidikan INOS, Akuatrop serta Sea Turtle Research Unit (SEATRU), Chagar Hutang, Pulau Redang.
Melalui program ini, setiap ahli didedahkan kepada usaha pemuliharaan penyu melalui perkongsian berkaitan habitat penyu, pusat penetasan serta aktiviti penandaan dan penjejakan penyu laut.
Lebih bermakna, HTJS turut menzahirkan komitmen terhadap tanggungjawab sosial melalui inisiatif Adoption of One Nesting Turtle, Pembinaan Rumah Hijau (Green House) dan sumbangan anak pokok sebagai memperkukuh jaringan kerjasama dalam menyokong usaha pemuliharaan biodiversiti serta perlindungan ekosistem marin.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih khususnya kepada:
Prof. Madya Dr. Mohd Uzair bin Rusli
Ketua, Pusat Konservasi Marin
Puan Tuan Emilia Binti Tuan Mohd Noor
Pengurus, Conservation Management Solutions Sdn. Bhd.
(Start-up Company of UMT)
serta pihak Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Pusat Konservasi Marin, SEATRU dan Conservation Management Solutions Sdn. Bhd. atas segala kerjasama, bimbingan serta perkongsian ilmu dan pengalaman yang amat bermakna sepanjang program ini. Semoga jalinan kerjasama ini terus diperkukuh dalam usaha membudayakan kelestarian, pemuliharaan biodiversiti dan pengurusan alam sekitar.
Kelestarian bukan sekadar tanggungjawab, tetapi amanah untuk masa depan.
#ProgramKelestarian #EksplorasiKelestarian #PengurusanAlamSekitar #HospitalTuankuJaafar #HTJ #UMT #SEATRU #ChagarHutang #PulauRedang #KonservasiPenyu #Biodiversiti #Kelestarian #AlamSekitar #GreenTurtle #HawksbillTurtle




