Jata

Berita

Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia 2026

PROGRAM SAMBUTAN HARI KESIHATAN MENTAL SEDUNIA 2026 DAN PERASMIAN MENTARI SEREMBAN

Program Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia 2026 dan Perasmian MENTARI Seremban telah berjalan dengan jayanya pada 21 Oktober 2026 di Jabatan Psikiatri, Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS).

Majlis bermula seawal jam 8.00 pagi dengan pendaftaran peserta dan aktiviti pameran reruai. Suasana dimeriahkan lagi dengan sesi senamrobik bertema "Badan Cergas, Emosi Cerdas" bersama Coach Zaza serta perkongsian ilmu menerusi Forum Kesihatan Mental. 

Acara kemuncak majlis menyaksikan gimik perasmian Hari Kesihatan Mental Sedunia 2026 dan pembukaan rasmi MENTARI Seremban yang disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Dr. Zaleha binti Md Noor, Pengarah HTJS.  

Selain daripada itu terdapat juga pelbagai aktiviti sampingan seperti pameran, saringan kesihatan mental percuma, serta jualan produk kraf klien. 

Secara keseluruhannya, program ini berjaya mencapai objektifnya dalam meningkatkan kesedaran kesihatan mental dalam kalangan masyarakat serta memperkenal fasiliti sokongan MENTARI Seremban sebagai pusat perkhidmatan kesihatan mental komuniti yang inklusif.  Terima Kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini.