Tahniah dan syabas kepada Jabatan Pediatrik Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS) atas pengiktirafan sebagai pusat peperiksaan Membership of the Royal College of Paediatrics and Child Health (MRCPCH), kelulusan pasca ijazah yang bertaraf dunia. Pencapaian membanggakan ini membuktikan komitmen, kepakaran dan dedikasi seluruh warga jabatan dalam memastikan standard penjagaan kesihatan kanak-kanak yang tinggi.
Semoga HTJS terus gemilang di persada antarabangsa.




