Jata

Pengumuman

Palliative Care Day 2026

WORLD HOSPICE AND PALLIATIVE CARE DAY 2026

2 Oktober 2026 | 10.00 pagi – 6.00 petang
📍 Campus Zone, Aras 1, AEON Mall Nilai (berhadapan Kaison)

Bertemakan “Pain Management: An Essential Part of Palliative Care”, program ini bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan penjagaan paliatif, khususnya dalam aspek pengurusan kesakitan dan peningkatan kualiti hidup pesakit.

Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan sepanjang program, antaranya ceramah kesedaran, reruai pendidikan dan kuiz interaktif. Pengunjung juga berpeluang mendapatkan maklumat dan meningkatkan kefahaman mengenai penjagaan paliatif serta pendekatan yang digunakan dalam membantu pesakit menguruskan kesakitan.

Sebagai acara istimewa, program ini turut menampilkan persembahan muzik oleh pelajar Kolej Tuanku Ja’afar (KTJ), yang mengetengahkan muzik sebagai medium untuk menyampaikan mesej kemanusiaan, harapan dan sokongan dalam penjagaan paliatif.

Orang ramai dijemput hadir dan bersama-sama memeriahkan World Hospice and Palliative Care Day 2026.

#WHCPD2026 #PalliativeCare #HumanRights