Unit Kawalan Penyakit Berjangkit

Unit Kawalan Penyakit Berjangkit ,
Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan

  • Unit kawalan penyakit berjangkit (Communicable Disease Control atau CDC) merupakan salah satu unit di bawah Bahagian Kesihatan Awam, Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan yang menjalankan pemantauan kejadian kes penyakit berjangkit. Unit ini bertanggungjawab memantau semua jenis penyakit yang tersenarai dalam Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) melainkan penyakit bawaan vektor, HIV/STI dan TB/kusta yang dipantau oleh unit yang dikhaskan bagi penyakit tersebut.
  • Pemantauan penyakit berjangkit dijalankan secara harian menerusi sistem e notifikasi. Pemantauan wabak penyakit berjangkit pula dipantau melalui sistem e-wabak.Unit ini juga bertanggungjawab bagi memastikan semua pelan kesiapsiagaan menghadapi penyakit berjangkit berada dalam keadaan baik, tersusun dan diuji dari semasa ke semasa. Unit CDC juga berperanan menjalankan latihan berkaitan kawalan penyakit berjangkit kepada anggota di peringkat daerah.
  • Ke arah melahirkan individu, keluarga dan masyarakat di Negeri Sembilan yang sihat dan sejahtera serta dapat menikmati kehidupan yang bebas dari kejadian penyakit berjangkit.
  • Menjalankan program-program kawalan dan pencegahan dengan menyeluruh, bersepadu dan efisyen bersama semua agensi kerajaan dan masyarakat dalam mengekang penularan wabak penyakit berjangkit
  • Untuk mengurangkan kadar kematian (mortaliti) dan kejadian kes (morbiditi) yang disebabkan oleh penyakit berjangkit.
Image
  • Mengurangkan kejadian penyakit dan kematian akibat jangkitan penyakit berjangkit supaya ia tidak menjadi ancaman kesihatan awam di Negeri Sembilan
  • Mengelola aktiviti Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC), Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan bagi mengawasi aktiviti, pemantauan & analisa data-data survelan semasa berlaku wabak dan bencana.
  • Menyediakan Laporan Awal Wabak Penyakit Berjangkit

jata

jknns

Paparan Web

Paparan terbaik menggunakan : 

Google Chrome;
Internet Explorer;
  Firefox,
dengan resolusi  1366 x 768

Mobile Web

Image

Jumlah Pelawat

0.png0.png0.png4.png0.png3.png9.png1.png7.png
Hari Ini123
Semalam1755
Minggu ini5401
Bulan ini31244
Keseluruhan403917

Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan
Jalan Rasah, 70300 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus
Tel : 06-7664800