Unit Survelan

Unit Survelan ,
Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan

  • Unit Survelan Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan merupakan salah satu unit di bawah Bahagian Kesihatan Awam, Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan yang menjalankan aktiviti Aktiviti Survelan Penyakit Berjangkit dan Bencana termasuk Informasi & Dokumentasi, Pengurusan Wabak & Bencana dan Kesihatan Antarabangsa di Negeri Sembilan.
  • Untuk menjadikan semua bencana di Negeri Sembilan diambil tindakan yang cepat dan terbaik bagi mengurangkan impak dari segi morbiditi dan mortaliti.
  • Memastikan kesiapsiagaan untuk menghadapi setiap bencana, wabak, krisis dan kecemasan berada di peringkat optima bagi memastikan respon terbaik.
  • Merancang program survelan penyakit, kesiapsiagaan wabak dan bencana, kesihatan antarabangsa serta dokumentasi dan informasi peringkat negeri.
  • Mengurus perlaksanaan semua program Unit Survelan peringkat negeri.
  • Memantau program Unit Survelan serta kejadian bencana, wabak penyakit berjangkit dan krisis di peringkat negeri.
  • Membuat penilaian Program Unit Survelan.
  • Menjalankan aktiviti survelan penyakit, kesiapsiagaan wabak dan bencana, kesihatan antarabangsa serta dokumentasi dan informasi.
  • Mengurus serta memantau setiap kejadian wabak penyakit, kejadian atau kematian luar biasa, krisis dan bencana di peringkat negeri.
Image
  • Membantu Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam) memastikan program, dasar dan polisi Sektor Survelan Penyakit, Sektor Kesiapsiagaan Wabak dan Bencana, Sektor Kesihatan Antarabangsa dan Sektor Dokumentasi dan Informasi di Negeri Sembilan adalah komprehensif dan berkualiti.
  • Membantu Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam) merancang dan memohon keperluan sumber (sumber manusia, peralatan, kepakaran, infrastruktur dan lain-lain) di daerah bagi meningkatkan aktiviti survelan.
  • Memantau dan menyelia Aktiviti Modal Insan (LDP) di bawah Unit Survelan untuk memastikan program berjalan mengikut Prosedur Operasi Piawai (SOP).
  • Membantu dan melaksanakan penyelidikan Bagi meningkatkan mutu perkhidmatan Unit Survelan di peringkat negeri.

logo big

jknns

Paparan Web

Paparan terbaik menggunakan : 

Google Chrome;
Internet Explorer;
  Firefox,
dengan resolusi  1366 x 768

Mobile Web

Image

Jumlah Pelawat

0.png0.png0.png0.png2.png7.png6.png0.png9.png
Hari Ini262
Semalam655
Minggu ini2703
Bulan ini6540
Keseluruhan27609

Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan
Jalan Rasah, 70300 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus
Tel : 06-7664800  |  Faks : 06-7638543