PENGENALAN
Dewan Bedah AM (General OT) beroperasi dengan (2) dua bilik bedah utama dan terletak bertentangan dengan unit rawatan rapi (ICU).
Bagi memastikan kesediaan kes kecemasan 24 jam, staf bertugas secara sistem oncall manakala seorang (1) Pegawai Perubatan Anestesia ditempatkan semasa oncall di dewan bedah setiap hari selepas waktu pejabat.
VISI
Jabatan Anestesiologi & Rawatan Kritikal Hospital Port Dickson akan memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan profesional berasaskan teknologi terkini dan bersesuaian di dalam persekitaran kerja yang selamat dan progresif.
MISI
Jabatan Anestesiologi & Rawatan Kritikal Hospital Port Dickson akan memberikan perkhidmatan kepada semua pesakit yang memerlukan dengan menggunakan pendekatan yang bersesuaian, inovatif serta menitikberatkan aspek-aspek keselamatan, profesionalisma dalam lingkungan kerja yang harmoni dan berpengetahuan bagi memenuhi kehendak pelanggan.
OBJEKTIF
- Memastikan penyampaian perkhidmatan di dewan bedah di dalam keadaan selamat melalui pematuhan protokol keselamatan pesakit, pencegahan komplikasi klinikal, dan pengurusan kesakitan yang berkesan bagi mencapai hasil rawatan yang optimum.
- Mengoptimumkan kecekapan operasional dewan bedah melalui penilaian pra-anestesia yang komprehensif, pengurangan kadar pembatalan kes, serta pengurusan masa dewan bedah yang responsif bagi kes elektif dan kecemasan.
- Mencapai standard kecemerlangan perkhidmatan perioperatif dan kritikal yang setanding penanda aras global melalui pemantauan indikator klinikal yang berterusan.