--

UNIT HAL EHWAL ISLAM (UHEI)

PENGENALAN

Unit Hal Ehwal Islam (UHEI) merupakan salah satu unit yang berada di bawah Bahagian Pengurusan Hospital Port Dickson. Penubuhannya adalah satu meknasime ke arah perkhidmatan keagamaan dari sudut rohani dan jasmani selaras dengan syariat Islam. UHEI juga berperanan untuk merancang dan melaksanakan program-program dan aktiviti kesedaran, kerohanian dan penghayatan nilai-nilai Islam di peringkat Hospital Port Dickson.

Unit Hal Ehwal Islam (UHEI) juga bertindak sebagai penyelaras Hospital Mesra Ibadah (HMI) di Hospital Port Dickson . Program HMI ini dikhususkan kepada kakitangan hospital, pesakit dan waris yang beragama Islam. Selain itu, UHEI juga meaminkan peranan penting dalam menyelaras dan memantau hal-hal yang berkaitan pengurusan dan pentadbiran surau di Hospital Port Dickson. Waktu operasi unit ini adalah mengikut waktu pejabat bermula dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Perkhidmatan nasihat dan bimbingan kerohanian kepada pesakit dilaksanakan di Wad dan Klinik Pakar.

          

Hospital Port Dickson, Negeri Sembilan
KM 11, Jalan Pantai, Bandar Baru Sunggala, 71050
Port Dickson, Negeri Sembilan

phone
06 - 6487333
mail
hpd@moh.gov.my

HOSPITAL PORT DICKSON

Hospital Port Dickson tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan, kerugian atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.

 

Tarikh Kemaskini:   Isnin 28 September 2026