PENGENALAN
Hospital Port Dickson komited dalam menyediakan persekitaran yang selamat dan sihat untuk pekerja dan pelawat, sekaligus menunjukkan keprihatian kami terhadap kesihatan dan juga keselamatan untuk semua individu yang berada di Hospital Port Dickson. Kami akan sentiasa berusaha untuk menyediakan dan memelihara persekitaran dan suasana kerja yang selamat dan sihat.
Hospital Port Dickson sedar bahawa penilaian risiko adalah satu keperluan asas untuk memelihara keselamatan pesakit dan warga hospital serta memenuhi keperluan undang-undang. Proses penilaian risiko direka untuk mengenalpasti bahaya (hazard) dan risiko akibat dari hazard tersebut.
TUGAS JAWATANKUASA PENGURUSAN
- Mengkaji semula kecukupan sistem pengurusan risiko dan Persekitaran kawalan di seluruh Hospital.
- Menggalakkan peningkatan kualiti berterusan dari segi pengurusan risiko.
- Memberi makiumbalas ke JKNNS dan KKM tentang aspek-aspek risiko yang berkaitan dengan perancangan objektif dan kewangan.
- Meluluskan rancangan untuk meningkatkan pengurusan risiko di Hospital.
- Memberi keutamaan kepada risiko-risiko yang paling ketara dan menentukan sumber-sumber yang diperlukan untuk mengurus risiko tersebut secara berkesan.
- Memastikan indikator risiko termasuk di dalam laporan prestasi, dan menjadi sebahagian daripada sistem pengurusan prestasi hospital.
- Memastikan bahawa Hospital memenuhi semua keperluan undang-undang berkenaan.
- Menjalankan kajian semula dalam aspek-aspek tertentu yang ditetapkan oleh jawatankuasa.
TUGAS JAWATANKUASA KESELAMATAN
- Mengkaji statistik insiden dan mempertimbangkan keadaan dan punca insiden/kejadian berbahaya dan penyakit pekerjaan (occupational) dan memberi cadangan serta memantau tindakan yang diambil untuk mengelakkan kejadian semula insiden dan sebagainya.
- Menjalankan pemeriksaan terhadap hazard tertentu di dalam keadaan di mana kepentingan umum kakitangan mungkin terjejas, memberi cadangan yang sewajarnya untuk penambahbaikan dari segi kebajikan kesihatan dan keselamatan, serta memantau penambahbaikan tersebut.
- Menjamin keberkesanan latihan, arahan dan bimbingan keselamatan untuk semua kakitangan (baru dan sedia ada).
- Mengkaji akta kawalan, peraturan amalan, laporan dan mana mana maklumat bimbingan daripada Pihak Berkuasa dan merancang dan melaksanakan pengenalan kepada maklumat ini.