PENGENALAN
Perkhidmatan kejururawatan merupakan kumpulan terbesar pekerja hospital. Ia merupakan nadi organisasi dalam menyokong dasar pentadbiran, menyediakan penjagaan pesakit yang berkesan dan menggalakkan perhubungan awam yang baik.
VISI
Menuju ke arah kecemerlangan dalam pengalaman kejururawatan beriltizam untuk memberi perkhidmatan kejururawatan yang holistic ke tahap optima dan berkualiti.
MISI
Memberi perawatan berkualiti dan berusaha sama dengan ahli-ahli profesional kesihatan untuk mewujudkan kesinambungan perkhidmatan bagi mencapai tahap kesihatan yang optima.
OBJEKTIF
Sijil Pengamalan Tahunan (Annual Practising Certificate/APC):
100%. Jururawat telah mempunyai APC untuk tahun semasa dan menerima APC untuk tahun berikutnya, selewat-lewatnya sebelum 31 Disember tahun semasa.
Program orientasi:
90% jururawat yang melapor diri ke Unit Kejururawatan akan diberikan orientasi dalam tempoh 1 bulan selepas lapor diri.
Program pementoran:
100% jururawat lantikan baru (menti) akan lulus program pementoran dan kompeten dalam menjalankan perkhidmatan perawatan kejururawatan.
Pengekalan kompetensi:
100% jururawat berdaftar yang bertugas di jabatan/unit khas akan di privilege untuk prosedur utama selepas tamat program pementoran.
Latihan dalam perkhidmatan:
100% jururawat akan menjalani latihan dalam perkhidmatan dan memperolehi sekurang- kurangnya 20 mata kredit dalam Continuous Professional Development (CPD) setiap tahun.