--

UNIT PERKEMBANGAN PROFESION PAKAR DAN PEGAWAI PERUBATAN

PENGENALAN

Unit ini berperanan dalam merancang, mengurus dan menyelaras pembangunan profesion pakar serta pegawai perubatan selaras dengan dasar dan garis panduan KKM. Unit ini memastikan operasi dilaksanakan secara cekap, berkesan dan berintegriti, di samping mematuhi standard kualiti seperti MSQH dan MS ISO 9001:2015 serta keperluan audit dalaman dan luaran. 

Selain itu, unit ini turut memantau kompetensi pegawai, menggalakkan pembangunan profesional berterusan, serta memastikan pelaksanaan penambahbaikan kualiti secara sistematik. Pengurusan sumber manusia, kewangan dan aset juga diberi perhatian bagi menjamin kelancaran operasi dan kesinambungan perkhidmatan.

          

Hospital Port Dickson, Negeri Sembilan
KM 11, Jalan Pantai, Bandar Baru Sunggala, 71050
Port Dickson, Negeri Sembilan

phone
06 - 6487333
mail
hpd@moh.gov.my

HOSPITAL PORT DICKSON

Hospital Port Dickson tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan, kerugian atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.

 

Tarikh Kemaskini:   Isnin 28 September 2026