PENGENALAN
Unit ini bernaung di bawah Pengurusan Pentadbiran yang terdiri daripada 2 komponen utama iaitu Kewangan dan Hasil. Objektif utama adalah untuk mempermudahkan dan menyokong pencapaian dasar dan objektif hospital melalui pengendalian perakaunan berkomputer, mengawal selia peraturan perbelanjaan serta kutipan hasil mengikut peraturan-peraturan selaras Arahan Perbendaharaan Pekeliling Kewangan dan Perakaunan dan Pekeliling Perbendaharaan yang sedang berkuatkuasa.
VISI
Mewujudkan sebuah pengurusan peruntukan disamping perakaunan berkomputer yang cekap dan cemerlang demi mencapai objektif hospital.
MISI
Mengamalkan prinsip-prinsip pengurusan kewangan yang terbaik serta memastikan kutipan hasil dapat dilaksanakan selaras arahan yang sedang berkuatkuasa.
OBJEKTIF
Memastikan pengurusan dan perbelanjaan kewangan jabatan digunakan secara berhemah serta mengikut peraturan
FUNGSI UTAMA
- Menguruskan pembayaran bekalan dan perkhidmatan, kontrak, elaun lebih masa, tuntutan perjalanan dan lain-lain perbelanjaan.
- Menguruskan emolumen bagi semua anggota Hospital Port Dickson.
- Mengendalikan terimaan bayaran dan mengeluarkan resit rasmi perbendaharaan serta memproses penyata pemungut.
- Memastikan penyata penerimaan dan bayaran amanah, baki pendeposit diselenggara dengan tepat dan mengikut peraturan.
- Menerima waran peruntukan dan membuat pecahan perbelanjaan mengikut peraturan kewangan.
- Menyediakan semua Laporan Akaun Bulanan yang berkaitan kewangan dan hasil dan dihantar ke Jabatan Akauntan Negara Negeri Sembilan, Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan atau Kementerian Kesihatan Malaysia mengikut tarikh yang ditetapkan.
- Memastikan Panjar Wang Runcit digunakan secara optimum dan Sijil Panjar disediakan setiap tahun.
- Memastikan perbelanjaan tidak melebihi peruntukan dan mengikut peraturan kewangan.