PENGENALAN
Unit Terapi Cara Kerja terletak di bangunan utama Hospital Port Dickson bersebelahan dengan Unit Fisioterapi dan Pantai Medivest Sdn Bhd. Perkhidmatan Terapi Cara Kerja merupakan salah satu perkhidmatan sokongan klinikal di Hospital Port Dickson yang merupakan satu bidang rawatan pemulihan yang memfokuskan kepada membantu individu, kumpulan atau populasi daripada semua lapisan umur untuk melibatkan diri dan melakukan aktiviti kehidupan harian, produktiviti dan masa lapang yang terganggu akibat masalah fizikal, psikososial atau sosial.
Pesakit yang menerima rawatan di Unit Terapi Cara Kerja di Hospital Port Dickson terdiri daripada pesakit dalam, pesakit luar, serta pesakit luar di MENTARI Port Dickson.
Perkhidmatan Terapi Cara Kerja di Hospital Port Dickson dibahagikan kepada beberapa pecahan disiplin iaitu, Pediatrik, Orthopedik, Medikal, Surgikal, Ginekologi, Geriatrik, Psikiatrik, serta Neurologi. Kes-kes yang dirujuk sama ada pesakit dalam atau pesakit luar akan dirawat mengikut Pelan Pengurusan Operasi KKM dan juga Prosedur Operasi Standard (POS) Terapi Cara Kerja yang dikeluarkan oleh KKM.
OBJEKTIF
- Kepuasan Pesakit Luar: Memastikan 95% pesakit luar yang berdaftar di Unit Terapi Cara Kerja menerima rawatan dalam tempoh 20 minit selepas pendaftaran.
- Respons Rujukan Baharu: Memastikan sekurang-kurangnya 95% pesakit bagi rujukan baharu menerima rawatan dalam tempoh 24 jam pada hari bekerja.
- Kepuasan Pelanggan: Memantau tahap kepuasan pelanggan melalui pelaksanaan kajian kepuasan pelanggan yang dijalankan sekurang-kurangnya sekali setahun.
MAKLUMAT TAMBAHAN
| Hari | Waktu Operasi | ||
|---|---|---|---|
| Isnin | 8.00 AM –1.00 PM | REHAT 1.00 PM – 2.00 PM |
2.00 PM – 5.00 PM |
| Selasa | |||
| Rabu | |||
| Khamis | |||
| Jumaat | 8.00 PG –12.15 TENGAH HARI | REHAT 12.15 TENGAH HARI – 2.45 PM |
2.45 PM – 5.00 PM |