PENGENALAN
Unit Kejuruteraan Hospital Port Dickson ditubuhkan di bawah Seksyen Operasi, Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan, Kementerian Kesihatan Malaysia yang berperanan untuk memantau serta mengawalselia pelaksanaan Perkhidmatan Sokongan Hospital (PSH).
Unit Kejuruteraan adalah unit teknikal yang bertindak sebagai penasihat kepada Pengarah Hospital atas segala perkara yang melibatkan Sistem Kejuruteraan dan Perkhidmatan Sokongan Hospital (PSH) yang diuruskan oleh Syarikat Konsesi yang dilantik.
Unit Kejuruteraan juga bertindak sebagai urusetia dalam melaksanakan program Aset Tak Alih Kerajaan (PATA) yang meliputi proses pendaftaran sehingga proses pelupusan mengikut tatacara pengurusan aset tak alih kerajaan.
VISI
Unit Kejuruteraan menjadi sebuah unit yang cemerlang dalam menyediakan perkhidmatan sokongan hospital dalam penjagaan perubatan yang berkualiti tinggi, selamat dan berkesan.
MISI
Unit Kejuruteraan akan memastikan perkhidmatan perubatan yang selamat, berkualiti tinggi, efisien dan efektif melalui pengurusan fasiliti serta sokongan teknikal yang profesional.
OBJEKTIF
- Mengawalselia enam (6) Perkhidmatan Sokongan Hospital (PSH) yang dilaksanakan oleh syarikat konsesi dilantik mengikut Perjanjian Konsesi.
- Memastikan sistem kejuruteraan, bangunan serta peralatan biomedical berada pada tahap optimum dan selamat untuk digunakan pada setiap masa.
- Memastikan semua terma dalam Perjanjian Konsesi dipenuhi bagi melindungi kepentingan kementerian dan keselamatan pengguna
- Memberi khidmat nasihat teknikal mengikut Best Engineering Practice kepada pengurusan hospital dalam kerja-kerja berkaitan teknikal
- Menyokong agenda negara melalui program kelestarian (Sustainability Programme) di jabatan
- Memastikan pencapaian peratus bulanan penjimatan tenaga di hospital tidak merosot dari penjimatan yang telah dicapai ketika audit pensijilan AEMAS EMGS-3 Star iaitu 13.43%