--

UNIT HEMODIALISIS / CAPD

PENGENALAN

Unit Hemodialisis dan CAPD Hospital Port Dickson menyediakan perkhidmatan dialisis yang komprehensif kepada pesakit luar dan pesakit dalam yang mengalami Penyakit Buah Pinggang Tahap Akhir (ESKD), termasuk pesakit yang memerlukan rawatan dialisis akut. Unit ini beroperasi di sebuah bangunan khusus yang dihubungkan ke bangunan utama melalui laluan berbumbung, dan merupakan salah satu perkhidmatan klinikal teras yang menyokong penyampaian perkhidmatan kesihatan di hospital ini.

Perkhidmatan yang ditawarkan merangkumi rawatan hemodialisis berkala, hemodialisis akut, CAPD, klinik nefrologi serta prosedur nefrologi seperti pemasangan dan penyingkiran kateter. Semua rawatan dilaksanakan mengikut piawaian nefrologi kebangsaan, termasuk penggunaan sistem air RO yang mematuhi standard, pelaksanaan kawalan jangkitan yang ketat, serta pemantauan keberkesanan dialisis secara berkala.

Unit ini diketuai oleh Pakar Nefrologi Lawatan dari Hospital Tuanku Ja’afar Seremban dan disokong oleh pasukan multidisiplin yang terdiri daripada Pegawai Perubatan, Penolong Pegawai Perubatan, jururawat terlatih dan Pembantu Perawatan Kesihatan. Operasi unit dijalankan dari Isnin hingga Sabtu melalui tiga sesi rawatan harian bagi memenuhi keperluan pesakit di daerah Port Dickson dan kawasan sekitarnya.

          

Hospital Port Dickson, Negeri Sembilan
KM 11, Jalan Pantai, Bandar Baru Sunggala, 71050
Port Dickson, Negeri Sembilan

phone
06 - 6487333
mail
hpd@moh.gov.my

HOSPITAL PORT DICKSON

Hospital Port Dickson tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan, kerugian atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.

 

Tarikh Kemaskini:   Isnin 28 September 2026