PENGENALAN
Bahagian Upas bertempat di tingkat 2 Kompleks Pengurusan.Terdiri daripada 6 orang kakitangan dari unit Upas seperti berikut:
- Aset
- Perolehan
- Stor
- Pelupusan dan sumbangan
- Pembantu operasi bahagian stor
Program dan aktiviti Bahagian Upas adalah memberi perkhidmatan sokongan bukan klinikal dalam mentadbir urus khidmat pengurusan yang lebih efisyen.
OBJEKTIF
- Merancang, mengurus dan melaksana aktiviti perolehan, aset dan stor bagi memenuhi keperluan jabatan selaras dengan dasar – dasar sedia ada.
- Memantau dan menilai aktiviti perolehan, aset dan stor bagi memastikan kecekapan dalam mematuhi jangka masa dan piawaian.
SKOP PERKHIDMATAN
- Jabatan ini menjalankan fungsi-fungsi Pengurusan Pentadbiran di dalam hospital, melalui Unit Perolehan, Aset dan Stor
- Waktu Operasi Pejabat Pengurusan adalah pada jam 8.00 pagi sehingga jam 5.30 petang.