--

UNIT KERJA SOSIAL PERUBATAN

PENGENALAN

Perkhidmatan Kerja Sosial Perubatan telah diperkenalkan semenjak tahun 1952. Peringkat awal perkhidmatan ini dikenali sebagai “Lady Almoner”. Seterusnya pada tahun 1994 perkhidmatan ini dikenali sebagai Jabatan Kebajikan Perubatan. Dari semasa ke semasa peranan dan sumbangan Perkhidmatan Kerja Sosial Perubatan semakin mencabar. Dengan pertambahan masalah-masalah sosial yang dibawa oleh arus pembangunan telah memperlihatkan bahawa pendekatan merawat penyakit sosial perlu diberi perhatian yang serius dengan mengambil kira berbagai aspek seperti emosi, sosioekonomi, rangkaian perhubungan dan sokongan keluarga. Selari dengan perkembangan kerjaya dalam perkhidmatan ini, pada tahun 2002 jabatan ini dikenali dengan nama Jabatan Kerja Sosial Perubatan. Pada tahun 2012, perkhidmatan Kerja Sosial Perubatan mula tubuhkan di Hospital Port Dickson.

          

Hospital Port Dickson, Negeri Sembilan
KM 11, Jalan Pantai, Bandar Baru Sunggala, 71050
Port Dickson, Negeri Sembilan

phone
06 - 6487333
mail
hpd@moh.gov.my

HOSPITAL PORT DICKSON

Hospital Port Dickson tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan, kerugian atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.

 

Tarikh Kemaskini:   Isnin 28 September 2026