PENGENALAN
Polisi Kawalan Infeksi Hospital Port Dickson adalah berpandukan kepada Polisi Kawalan Infeksi & Antibiotik Kementerian Kesihatan Malaysia. ‘Policies & Procedure On Infection control 3rd Edition 2019. Semua kakitangan Hospital Port Dickson perlu mematuhi dan mengamalkan amalan kawalan infeksi berpandukan polisi kawalan infeksi yang telah dikeluarkan semasa menjalankan tugas di Hospital Port Dickson.
OBJEKTIF
UMUM
- Meningkatkan kualiti kawalan infeksi di hospital serta selamat kepada pelanggan dan anggota. Meningkatkan kualiti kawalan infeksi di hospital agar ia sentiasa selamat kepada pelanggan (pesakit/pelawat) dan juga anggota kesihatan.
SPESIFIK
- Menambahkan kesedaran terhadap kepentingan kawalan infeksi di hospital untuk semua kategori anggota perubatan.
- Mengenalpasti peranan yang dimainkan oleh semua kategori anggota hospital di dalam mengurangkan Healthcare Associated Infection (HCAI) yang didapati semasa di hospital dan seterusnya meningkatkan mutu perawatan pesakit.
- Memberi Pendidikan kesihatan kepada anggota kesihatan, pesakit dan orang ramai.
- Melindungi pesakit, perawat dan anggota hospital daripada jangkitan dengan mempraktikkan langkah-langkah keselamatan standard dan tambahan (standard and additional standard).