PENGENALAN
Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling merupakan salah satu daripada perkhidmatan sokongan klinikal di bawah Bahagian “Allied Health Professional”, Kementerian Kesihatan Malaysia. Tujuan utama penubuhan Unit Psikologi dan Kaunseling ini adalah selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Awam Bilangan 1, 1999 yang menjadi rujukan kepada ketua jabatan mengenai panduan dan kepentingan mewujudkan perkhidmatan kaunseling di agensi masing-masing.
Unit Psikologi dan Kaunseling telah ditubuhkan pada 3 November 2014 selaras dengan penwujudan jawatan baru Pegawai Psikologi di Hospital Port Dickson. Unit Psikologi dan Kaunseling pada awalnya beroperasi di Klinik Pakar 1 dan kemudianya telah berpindah ke Kompleks Pengurusan Aras 1, Hospital Port Dickson. Selari dengan perolehan perjawatan dibawah Pengurusan, maka peranan Pegawai Psikologi di sini, bukan hanya memberi perkhidmatan kepada pesakit, malahan jua kepada kakitangan hospital. Waktu operasi unit ini adalah mengikut waktu pejabat bermula dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Perkhidmatan Intervensi Psikologi dan Sesi Kaunseling kepada Pesakit Luaran dijalankan di Bilik Konsultasi di Kompleks Pengurusan, manakala bagi Pesakit Dalaman, perkhidmatan ini akan dilaksanakan di Wad dan Klinik Pakar.
VISI
Memperkasa kesejahteraan insan dan komuniti melalui Perhidmatan Psikologi dan Kaunseling yang profesional
MISI
Perkhidmatan Psikologi Kaunseling ini diberikan oleh pegawai yang kompeten, berkemahiran dan berdasarkan amalan berasaskan bukti terkini melalui perkhidmatan yang kondusif, teraputik dan efektif.
OBJEKTIF
- Menyampaikan Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling yang seragam dan holistik untuk kesejahteraan individu, organisasi dan komuniti.
- Meningkatkan kebolehan kognitif, afektif dan penguasaan emosi yang baik dalam kalangan klien demi pencapaian celik akal serta perubahan tingkah laku yang positif.
- Melaksanakan perkhidmatan berteraskan prinsip dan etika serta peruntukan peraturan dan undang-undang.
PIAGAM PELANGGAN
- Memberi maklumbalas rujukan bagi perkhidmatan (Pesakit Luaran) kepada klien tidak lebih daripada (3) Tiga hari Waktu Bekerja.
- Memberi Maklumbalas rujukan bagi perkhidmatan (Pesakit Dalaman) kepada klien dalam tempoh Satu (1) hari Waktu Bekerja.
- Mewujudkan sesi yang teraputik dalam usaha membantu klien mencapai objektif sesi.