PENGENALAN
Unit Teknologi Maklumat dan Komunikasi memberikan perkhidmatan ICT berdasarkan keperluan organisasi dengan cekap, berkesan dan berkualiti. Skop utama adalah memfokuskan kepada perkhidmatan sokongan (1st level support) yang menyeluruh bagi masalah perkakasan, perisian dan rangkaian ICT di peringkat hospital.
Unit Teknologi Maklumat & Komunikasi (UTMK) diwujudkan bermula pada April 2008. Sehingga kini pengisian unit adalah seramai 6 orang yang terdiri daripada Pegawai Teknologi Maklumat F9/F10(3), Penolong Pegawai Teknologi Maklumat FA5 (2) dan Juruteknik Komputer (FT1) – KUP Penolong Pegawai Teknologi Maklumat FA5 (1).
OBJEKTIF UNIT
- Menyediakan sokongan teknikal ICT yang cekap dan berkesan kepada semua unit dengan memastikan aplikasi, sistem dan peralatan ICT berfungsi dengan baik.
- Meningkatkan kecekapan pengurusan dan penyampaian perkhidmatan melalui ICT dengan menggalakkan penggunaan ICT dalam kalangan warga kerja hospital.
SKOP PERKHIDMATAN
- Memfokuskan kepada perkhidmatan sokongan (1st level support) melalui pemantauan yang menyeluruh bagi aplikasi-aplikasi ICT di peringkat hospital dalam memastikan keselamatan, kerahsiaan dan integriti data hospital terpelihara seiring dengan pelaksanaan Polisi Keselamatan Siber (PKS) KKM.
- Memberi khidmat sokongan dan bantuan teknikal dalam penggunaan serta penyelenggaraan peralatan ICT.
- Merancang, menyelaras dan melaksanakan perolehan dan pembekalan peralatan, perisian, sistem aplikasi dan kemudahan infrastruktur ICT.
- Merancang, mengurus dan menyelenggara rangkaian dan peralatan ICT.
- Bertanggungjawab ke atas penyelenggaraan laman web rasmi hospital.
- Merancang, mengurus dan melaksanakan kursus dan latihan ICT kepada pegawai dan kakitangan.