PENGENALAN
Hospital ini siap dibina pada tarikh 10 Oktober 2019 dan Januari 2020 mula beroperasi. dengan perkhidmatan kecemasan dan wad. Pada tahun yang sama, negara Malaysia telah dilanda pandemik Covid-19 menjadikan Jabatan Kecemasan Dan Trauma berfungsi sebagai barisan hadapan hospital. Jabatan ini menyediakan perkhidmatan kecemasan 24 jam kepada penduduk Rembau dan kawasan-kawasan sekitarnya. Perkhidmatan kecemasan disediakan kepada orang awam mengikut pelan yang komprehensif seperti resusitasi, stabilisasi dan merujuk pesakit untuk rawatan lanjutan termasuklah ’pengendalian pra hospital.
OBJEKTIF
Komited dalam memberikan rawatan kecemasan yang profesional, efision dan efektif untuk mencapai perkhidmatan yang terbaik bagi memenuhi kehendak pelanggan.
VISI & MISI
VISI
Memberikan rawatan kecemasan yang cepat, tepat dan menyeluruh kepada setiap pelanggan.
MISI
Untuk menjadikan jabatan ini salah satu yang terbaik dalam menyediakan perkhidmatan perawatan dan penjagaan pesakit mengikut piawaian Perkhidmatan Perawatan Perubatan Kecemasan berlandaskan ciri-ciri budaya korporat Kementerian Kesihatan Malaysia.
CARTA ORAGANISASI
