PENGENALAN
Unit Kejuruteraan memastikan Perkhidmatan Sokongan Hospital yang dilaksanakan oleh Syarikat NonKonsesi Sinar Teknik Urus Harta Sdn.Bhd dalam operasi Hospital supaya aset-asetnya berada pada tahap yang optimum dalam penambahbaikan melibatkan pemeriksaan, servis, pembaikan terhadap bangunan, sistem kejuruteraan, peralatan, infrastruktur dan utiliti berkaitan supaya ianya dapat berfungsi secara optimal di samping mengurangkan risiko kerosakan dan keselamatan.
Fasiliti di Hospital Rembau adalah meliputi bangunan dan sistem kejuruteraan seperti awam, elektrik dan mekanikal serta persekitaran dan aset yang terdapat di dalam bangunan tersebut perlu diurus dengan cekap dan berkesan. Ianya mampu memberi tahap kebolehgunaan fasiliti hospital yang optimum kepada pemilik serta menyediakan suasana kondusif bagi memberikan perkhidmatan kepada pengguna untuk mencapai matlamat operasi sesebuah organisasi.
Fasiliti di Hospital Rembau adalah meliputi bangunan dan sistem kejuruteraan seperti awam, elektrik dan mekanikal serta persekitaran dan aset yang terdapat di dalam bangunan tersebut perlu diurus dengan cekap dan berkesan. Ianya mampu memberi tahap kebolehgunaan fasiliti hospital yang optimum kepada pemilik serta menyediakan suasana kondusif bagi memberikan perkhidmatan kepada pengguna untuk mencapai matlamat operasi sesebuah organisasi.
VISI
Visi utama Unit Kejuruteraan adalah memastikan perlaksanaan dan keberkesanan Perkhidmatan Sokongan Hospital (PSH) dalam enam perkhidmatan utama iaitu Facility Management Services (FMS), Facility Engineering Maintenance Services (FEMS), Biomedical Engineering Maintenance Services (BEMS), Linen And Laundry Services (LLS), Cleansing Services (CLS) dan Healthcare Waste Management Services (HWMS) dalam memberi tahap kebolehgunaan fasiliti kesihatan yang optimum kepada pemilik serta menyediakan suasana kondusif bagi memberikan perkhidmatan kepada pengguna untuk mencapai matlamat operasi sesebuah organisasi.
MISI
Misi Unit Kejuruteraan ialah untuk memastikan Perkhidmatan Sokongan Hospital (PSH) dipantau dan dilaksana dengan berkesan melalui :
Pematuhan kepada ‘Standard Operating Procedure’ (SOP) dan panduan-panduan semasa dalam memastikan sistem dan peralatan ‘Facility Engineering Maintenance Services’ (FEMS) di hospital selamat serta berada di tahap optimum untuk digunakan. Memastikan perlaksanaan penyelenggaraan bagi kesemua peralatan perubatan ‘Biomedical Engineering Maintenance Services’ (BEMS). Pematuhan kepada ‘Standard Operating Procedure’ (SOP) dan panduan-panduan semasa dalam memastikan ‘Healthcare Waste Management Services’ (HWMS) berjalan secara teratur dan selamat dari aspek kesihatan. Pematuhan kepada ‘Standard Operating Procedure’ (SOP) dan panduan-panduan semasa dalam memastikan ‘Cleansing Services’ (CLS) berjalan secara teratur dan selamat. Pematuhan kepada ‘Standard Operating Procedure’ (SOP) dan panduan-panduan semasa dalam memastikan ‘Linen And Laundry’ (LLS) berjalan secara teratur dan selamat