PERUTUSAN PENGARAH

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

Selamat datang ke portal rasmi Hospital Rembau. Alhamdulillah, saya memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT atas segala limpah dan rahmatNya, portal rasmi Hospital Rembau telah berjaya dilancarkan. Saya amat berbesar hati dan mengalu-alukan pengunjung melayari portal rasmi Hospital Rembau ini. Laman portal rasmi ini diwujudkan bertujuan untuk mewar-warkan perkhidmatan yang disediakan di hospital ini. Diharapkan portal ini dapat memberikan maklumat terkini mengenai aktiviti-aktiviti yang dijalankan kepada warga hospital dan masyarakat.
Selain daripada itu, portal rasmi ini juga akan menjadi mekanisma penyebaran maklumat berkaitan penjagaan kesihatan dan perubatan di samping pendidikan kesihatan kepada seluruh anggota masyarakat.
Diharapkan pengunjung portal rasmi akan memperolehi maklumat yang bermanfaat dan berpeluang mengemukakan cadangan kepada pihak Pengurusan Hospital melalui ruangan maklum balas bagi menambah baik dan meningkatkan lagi mutu perkhidmatan yang disediakan. Maklum balas daripada pengunjung amatlah dihargai.
Selamat melayari portal rasmi Hospital Rembau.
Sekian, terima kasih.

DR. NOOR FAKHRUL AZMAN BIN MOHD ALI
Pengarah
Hospital Rembau