JABATAN DIETETIK & SAJIAN

PENGENALAN

Jabatan Dietetik dan Sajian terletak di bahagian belakang kawasan hospital iaitu berhampiran dengan Unit Forensik dan Unit Kejuruteraan. Jabatan ini merupakan salah satu jabatan di bawah jabatan-jabatan Perkhidmatan Sokongan Klinikal Hospital Rembau dan bertanggungjawab untuk memberikan perkhidmatan dietetik dan perkhidmatan sajian.
VISI

Menyediakan makanan dengan mematuhi keperluan nutrien (diet normal, diet teraputik dan pemakanan sokongan), tatacara proses katering, prinsip kebersihan dan keselamatan makanan kepada pesakit dalam. Membantu rawatan perubatan melalui perkhidmatan dietetik klinikal dan promosi kesihatan berdasarkan amalan evidence-based.
OBJEKTIF

Menyediakan makanan dengan mematuhi keperluan nutrien (diet normal, diet teraputik dan pemakanan sokongan), tatacara proses katering, prinsip kebersihan dan keselamatan makanan kepada pesakit dalam. Membantu rawatan perubatan melalui perkhidmatan dietetik klinikal dan promosi kesihatan berdasarkan amalan evidence-based.
PERKHIDMATAN
SAJIAN 

  • Merancang penyediaan makanan dengan mematuhi keperluan nutrisi, tatacara proses katering, prinsip pembersihan dan keselamatan makanan bersesuaian dengan teknologi semasa dan bekualiti.
  • Melaksanakan sistem pengurusan dengan sempurna berdasarkan polisi-polisi, pekeliling-pekeliling dan arahan yang ditetapkan. 
  • Memastikan makanan yang dihidangkan kepada pesakit adalah bersih, segar dan jauh dari sebarang kontaminasi.
DIETETIK

  • Membantu rawatan perubatan melalui perkhidmatan dietetik klinikal dan promosi kesihatan berdasarkan amalan ‘evidence-based’ di samping menyumbang kepakaran dalam bidang berkenaan.
  • Menyumbang kepada kajian dan penyelidikan dalam bidang pemakanan dan dietetik. Menyediakan perkhidmatan dan pendidikan berkualiti dalam bidang terapi pemakanan perubatan. 
SKOP PERKHIDMATAN

  • Melakukan pembelian, penerimaan, penyimpanan dan pemprosesan bahan makanan, dilaksanakan di bawah kawalan mutu makanan.
  • Menyediakan diet normal dan diet teraputik kepada pesakit dalam, termasuk doktor atas panggilan dan MAC (Mother Accompanied Child).
  • Waktu menghidang makanan (window serving time)
7.30 – 7.45   pagi        : sarapan pagi
11.45 – 12.00 tengah hari    : makan tengahari
2..30 –  2.45 petang        : minum petang
5.30 – 5.45 petang        : makan malam

  • Bagi pesakit yang baru dimasukkan ke dalam wad selepas waktu hidangan, diet pesakit tersebut adalah tertakluk kepada jabatan ini untuk menentukannya dan pesanan diet daripada wad adalah efektif untuk waktu makan seterusnya
  • Memberi khidmat medical nutrition therapy dengan menggunakan nutrition care process yang merangkumi nutrition assessment, nutrition diagnosis, nutrition intervention dan nutrition monitoring & evaluation termasuk dokumentasi kepada pesakit yang dirujuk oleh doktor kepada Pegawai Dietetik.
  • Waktu bekerja anggota Jabatan:
  Syif pagi: 
6.30 pagi – 1.30 petang

 Syif petang: 
11.30 tengahari – 6.30 petang
12.30 tengahari -  7.30 petang

Waktu pejabat:
8.00 pagi – 5.00 petang
8.00 pagi – 3.00 petang

Waktu Anjal (Flexi)
CARTA ORGANISASI
Image