JABATAN FARMASI & FARMASI LOGISTIK

PENGENALAN


Jabatan Farmasi Hospital Rembau merupakan sebuah jabatan yang berfungsi dalam menyediakan perkhidmatan farmasi berkonsepkan penjagaan farmaseutikal secara menyeluruh. Perkhidmatan ini dapat memenuhi keperluan pelbagai jabatan dan disiplin perubatan yang lain dari segi penyebaran maklumat berkaitan farmakoterapi, penggunaan ubat-ubatan secara rasional, meningkatkan kefahaman dan pendidikan pesakit berkenaan ubat-ubatan yang digunakan supaya keberkesanan terapi dalam rawatan dapat dipertingkatkan. Jabatan Farmasi Hospital Rembau terdiri daripada Farmasi Pesakit Luar, Farmasi Pesakit Dalam, Farmasi Galenikal/ Penyediaan Farmaseutikal & Pembungkusan Semula, Farmasi Logistik, Farmasi Wad dan Pusat Maklumat Ubat.


OBJEKTIF

Jabatan Farmasi dan Bekalan menjadi suatu jabatan yang akan memberikan perkhidmatan penyediaan dan pemberian ubat-ubatan yang selamat,berkesan dan bermutu tinggi ke arah peningkatan taraf kesihatan individu, keluarga dan masyarakat.


VISI & MISI

VISI 
Memberikan Perkhidmatan Farmasi yang terbaik demi kesihatan dan kesejahteraan negara.

MISI
Menerajui Perkhidmatan Farmasi yang dinamik dengan memberi penekanan pada tahap kewibawaan yang tinggi, profesionalisme dan kecemerlangan sejajar dengan aspirasi dan cabaran negara.
SKOP PERKHIDMATAN


SKOP PERKHIDMATAN
Jabatan Farmasi terdiri daripada unit berikut:
1.Farmasi Pesakit Luar
  1. Pembekalan Ubat Pesakit Luar
  2. Kaunseling Ubat-Ubatan 
  3. Pembekalan Ubat Psikotropik
  4. Perkhidmatan Nilai Tambah Value-added Services 
2.Farmasi Pesakit Dalam
  1. Sistem Unit Dos (UDS)
  2. Ubat Stok Wad dan Troli Kecemasan 
  3. Pembekalan Ubat Psikotropik
  4. Pembekalan Ubat Kepada Pesakit Discaj
  5. Pemeriksaan Wad
3.Farmasi Wad
  1. Kaunseling Ubat-Ubatan (Bedside dan Discaj) 
  2. Medication Reconciliation
  3. Antimicrobial Stewardship
  4. Perkhidmatan Farmakokinetik Klinikal 
4.Farmasi Galenikal/ Penyediaan Farmaseutikal & Pembungkusan Semula
  1. Persediaan Extemporaneous 
  2. Pembungkusan Semula
  3. Persediaan Non-sterile 
5.Pusat Maklumat Ubat
  1. Penyenaraian Ubat di Formulari Ubat Hospital
  2. Proses Permintaan Ubat Kelulusan Khas (UKK)
  3. Pelaporan tindak balas advers ubat (ADR) dan Kejadian Advers After Immunization Reporting (AEFI)
  4. Pelaporan Kesilapan Pengubatan
  5. Aduan produk
  6. Pengurusan Kualiti
  7. Orientasi kakitangan baru
  8. Pengendalian pertanyaan ubat
6.Farmasi Logistik
  1. Perolehan dan pembekalan ubat/bukan ubat
  2. Perolehan dan pembekalan gas perubatan
  3. Panggil Balik Produk & Aduan Produk

CARTA ORGANISASI
Image