UNIT PENYELIAAN

PENGENALAN

Unit Penyeliaan Hospital terletak di aras atas, lobi utama, Hospital Rembau. Tumpuan utama unit ini adalah meliputi aspek pengurusan klinikal ke atas profesionalisma Penolong Pegawai Perubatan serta bertanggungjawab ke atas Pembantu Perawatan Kesihatan. Bahagian ini terlibat membantu pihak hospital dalam urusan berkaitan aspek pentadbiran dan pembangunan Hospital Rembau. Bahagian ini diterajui oleh seorang Penolong Pegawai Perubatan U42 selaku Ketua Penyelia Hospital, yang terlibat secara langsung menjalankan aktiviti-aktiviti penyeliaan.

VISI & MISI


VISI

Hospital Rembau menjadikan sebuah institusi perubatan yang berkualiti, cekap dan mesra pelanggan


MISI
Menyediakan perkhidmatan perubatan yang berkualiti dan efektif oleh kakitangan hospital yang terlatih untuk memenuhi keperluan pelanggan.

OBJEKTIF
  1. Memastikan perkhidmatan yang diberi oleh Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan dilaksanakan secara professional, cekap dan berkualiti sepanjang masa mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.

  2. Mengurus sumber manusia di bawah kawalan dengan cekap dan mengoptimakan bilangan anggota di sesuatu unit atau jabatan mengikut kepentingan perkhidmatan.

  3. Menyediakan program latihan secara berterusan dan berkesan kepada anggota di bawah jagaan.

SKOP PERKHIDMATAN


1.    Melaksanakan polisi dan dasar perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan yang telah ditetapkan serta diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Pengawalan Amalan Klinikal dan Penguatkuasaan, Akta Pembantu Perubatan (Pendaftaran) 1977, Akta 180.

  • Melaksanakan Amalan dan Penguatkuasaan Kod Etika Pembantu Perubatan dan Perintah Am Bab D - Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

  • Pengurusan dan penyeliaan hal ehwal kebajikan, agihan sumber tenaga dan perkembangan perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan, Pembantu Perawatan Kesihatan dan Porter Hospital, Pengurusan Latihan Dalam Perkhidmatan, Pembelajaran Berterusan (CME) dan Perkembangan Profesional Berterusan (CPD) bagi Penolong Pegawai Perubatan.

  • Pengurusan peningkatan kualiti menyeluruh dan berterusan perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan.

  • Membantu menyelia, mengurus dan mentadbir dalam perkhidmatan Hospital Putrajaya.

  • Menjadi Pegawai Penyelaras kepada perkhidmatan sokongan hospital yang diswastakan iaitu Facility Engineering and Maintenance Service (FEMS), Biomedical Engineering and Maintenance Service (BEMS) dan Clinical Waste Management Services (CWMS).

 

2.     Audit Klinikal (Clinical Supervision) bagi semua anggota dibawah jagaan dijalankan secara berterusan:

  • Mematuhi ‟Standard Operating Procedure‟ dan akta Pembantu Perubatan.

  • Peraturan-peraturan yang ditetapkan di peringkat hospital diamalkan semasa menjalankan aktiviti dan tugasan harian.

  • Semua Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan mengaplikasikan senarai kerja yang telah diluluskan mengikut  bidang tugas masing-masing.

  • Mematuhi senarai semak dan fail meja yang ditetapkan mengikut jabatan masing-masing.

3.    Pengurusan sumber manusia di bawah seliaan.

  • Urusan keperluan anggota Permohonan Perjawatan Baharu (ABM).

  • Orientasi anggota baru.

  • Urusan penempatan.

  • Urusan pengagihan anggota.

  • Menyelaras dan mengurus keperluan akta perubatan atau mana - mana yang termaktub / arahan daripada pihak Lembaga Pembantu Perubatan / Kementerian Kesihatan Malaysia. (Contoh Pembaharuan APC – ‟Annual Practising Certificate‟ bagi Penolong Pegawai Perubatan.

  • Memantau dan mengurus kawalan disiplin anggota di bawah seliaan.

4.    Pengurusan Latihan bagi anggota di bawah seliaan.

  • Orientasi anggota baru.

  • Merancang latihan bagi anggota.

  • Menyelaras latihan yang dihadiri oleh anggota.

  • Menyediakan laporan latihan yang dihadiri oleh anggota.

  • Mengurus buku log latihan anggota.