PENGENALAN
Jabatan Patologi Hospital Rembau terletak di tingkat bawah (Ground Floor) bangunan utama Hospital Rembau. Jabatan ini adalah dibawah penyeliaan 1 orang Pegawai Sains (Kimia Hayat) C41 dengan dibantu oleh 1 orang Juruteknologi Makmal Perubatan U36, 1 orang Juruteknologi Makmal Perubatan U32, 3 orang Juruteknologi Makmal Perubatan U29, dan 3 orang Pembantu Perubatan Kesihatan U11. Jabatan ini menawarkan perkhidmatan ujian diagnostik meliputi Patologi Kimia, Hematologi, Mikrobiologi dan Transfusi Perubatan.
OBJEKTIF
Menyediakan perkhidmatan dalam pelbagai disiplin patologi dengan menjalankan ujian-ujian yang cepat, tepat dan berkesan serta akan berusaha meningkatkan kualiti perkhidmatan dengan mengutamakan kepantasan, kecekapan dan ketepatan.
VISI & MISI
VISI
Menyediakan perkhidmatan patologi yang cekap, tepat dan berinovasi berlandaskan sistem kualiti yang memenuhi kepuasan pelanggan.
MISI
Perkhidmatan patologi akan menggunakan teknologi yang sesuai, terkini dengan anggota yang berilmu, berjiwa murni, peka terhadap keperluan pelanggan berteraskan budaya kualiti dan kerja berpasukan serta profesionalisme demi kecemerlangan rawatan pesakit.
FUNGSI UTAMA
- Menawarkan perkhidmatan ujian diagnostik merangkumi ujian patologi kimia, mikrobiologi, hematologi dan transfusi darah.
- Mengendalikan permohonan transfusi darah bagi pesakit yang memerlukan rawatan secara pemindahan darah.
CARTA ORGANISASI
