JABATAN REHABILITASI

PENGENALAN

Jabatan Rehabilitasi Hospital Rembau telah diwujudkan pada November 2019. Jabatan ini terbahagi kepada dua jabatan iaitu Jabatan Fisioterapi dan Jabatan Pemulihan Cara Kerja.

UNIT FISIOTERAPI
Unit Fisioterapi telah memulakan operasi di Hospital Rembau pada 20/02/2020  dengan penempatan dua orang Jurupulih Perubatan Fisioterapi. Sehingga tahun 2023, Unit Fisioterapi dianggotai oleh 4 anggota Fisioterapi.

UNIT PEMULIHAN CARA KERJA
Perkhidmatan Terapi Cara Kerja telah bermula pada tahun 1 Oktober 2020 dengan penempatan seorang Jurupulih Cara Kerja. Sehingga tahun 2023, Unit Pemulihan Cara Kerja dianggotai oleh 4 orang ahli Terapi Carakerja.

VISI & MISI


VISI

Jabatan Rehabilitasi Hospital Rembau akan menjadi satu pusat rehabilitasi yang terdiri dari anggota yang berdedikasi dan cemerlang melalui sistem perkhidmatan yang telus,  saksama, berilmu, penyayang dan bersopan santun di samping mengutamakan  kualiti, kerja berpasukan, miliki jati diri , profesionalisme dan saling hormat-menghormati.


MISI
Jabatan Rehabilitasi Hospital Rembau beriltizam memberi dan menyediakan rawatan pemulihan yang cekap, berkesan dan bersesuaian dengan penuh tanggungjawab dan amanah kepada semua peringkat pelanggan kami selaras dengan keperluan dan kepuasan pelanggan.


OBJEKTIF

Menjalankan program rawatan pemulihan Rehabilitasi yang efektif ke atas pesakit yang dirujuk untuk meningkatkan kefungsian yang optimum di dalam kehidupan seharian selaras dengan ketidakupayaan yang dialami.
SKOP PERKHIDMATAN

SKOP PERKHIDMATAN FISIOTERAPI
Perkhidmatan Unit Fisioterapi meliputi Pesakit Dalam dan Pesakit Luar. Skop perkhidmatan adalah seperti berikut:

  1. Chest Physiotherapy
  2. Therapeutic Exercise
  3. Pain Management
  4. Electrical Modalities
  5. Electrical Stimulation
  6. Manual Therapy
  7. Hot Pack/Wax Bath
  8. Tapping/Strapping
  9. Sport Injuries Management
  10. Ambulation
  11. Gait Training
  12. Balance Training
  13. Compression Bandaging
  14. Early Intervention Program
  15. Neuro-Developmental Therapy
  16. Obesity Programme
  17. Neuro Rehabilitation
  18. Vestibular Rehabilitation
  19. Burn Rehabilitation
  20. Spinal Rehabilitation
  21. Hand Rehabilitation
SKOP PERKHIDMATAN PEMULIHAN CARA KERJA
Perkhidmatan Unit Pemulihan Cara Kerja meliputi Pesakit Dalam dan Pesakit Luar. Skop perkhidmatan adalah seperti berikut: 

  1. Activities of Daily Living Assessment and Training
  2. Instrumental Activities Daily Living Assessment and Training
  3. Health management
  4. Rest and sleep
  5. Education
  6. Work
  7. Play
  8. Leisure
  9. Social Participation
  10. Physical function
  11. Cognitive & Perceptual Function
  12. Sensory Function
  13. Patient and Caregiver Education and Training
  14. Creative Activities
  15. Orientation & Mobility
  16. Pre- Driving & Driving
  17. Behavioral Management
  18. Developmental
  19. Sensory Integration
  20. Hand & Upper Extremities
  21. Home/school/work/Community Accessibility
  22. Aids and adaptation
  23. Splint and orthosis
  24. Compression Therapy
  25. Wheelchair