PENGENALAN
Unit Bekalan Bahan Steril ( CSSU ) adalah 1 unit sokongan yang memberikan perkhidmatan pensterilan kepada Dewan Bedah, wad-wad, unit-unit, Klinik Pakar, Unit Pesakit Luar Hospital Rembau.
VISI & MISI
VISI
Ke arah pembekalan 100% peralatan steril.
MISI
Unit Bekalan Bahan Steril (CSSU) memberikan perkhidmatan pensterilan berkualiti dan inovatif menggunakan teknologi bersesuaian bagi memenuhi kehendak dan keperluan pelanggan berkualiti dan inovatif menggunakan teknologi.
OBJEKTIF
- Meningkatkan taraf perkhidmatan dan perawatan pesakit dengan penyediaan dan pengendalian peralatan steril disamping mengamalkan teknik aseptik bagi mencegah dan mengelak jangkitan silang.
- Ke arah pembungkusan peralatan, soft goods dan kainan berkualiti untuk mencapai piawaian yang ditetapkan.
- Menyelaras proses pensterilan mengikut Malaysian Standard of Sterilization Process dan Standard of Procedure.
- Memberi pendedahan dan pengetahuan berterusan kepada anggota kesihatan dalam bidang pensterilan ke arah penambahbaikan mutu perkhidmatan.
SKOP PERKHIDMATAN
- Menyediakan sistem Kaunter merangkumi penerimaan peralatan kotor, penerimaan peralatan bersih dan pembekalan peralatan steril bermula dari peralatan diterima sehingga peralatan dibekalkan.
- Memproses, membekal dan mengeluarakan bekalan peralatan soft goods dan kainan steril kepada pelanggan.
- CSSU terdiri daripada beberapa bahagian mengikut zon iaitu :-
- Zon 1 - Dekontaminasi Zone
- Zon 2 - Assemble and Packing Area
- Zon 3 - Sterilization Area
- Zon 4 - Sterile Area
- Zon 5 - Distribution Area