


Hospital Rembau dibina di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) dengan kos RM147 juta. Pembinaan hospital ini di atas tanah berkeluasan 19.4 hektar dengan kapasiti 76 unit katil bermula pada 9 September 2013 dan siap dibina pada 30 Oktober 2019. Hospital ini mula beroperasi pada 20 Januari 2020 dengan menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan sekunder dan tertier meliputi perkhidmatan:
Kecemasan dan trauma;
Pesakit dalam pelbagai disiplin;
Klinik pakar;
Rehabilitasi;
Radiologi;
Farmasi;
Patologi;
Hemodialisis;
Dietetik & Sajian;
CSSU;
Pembedahan (OT); dan
Forensik
Hospital ini telah dirasmikan oleh YB Khairy Jamaluddin Menteri Kesihatan pada 23 September 2022. Pada majlis yang sama, YB Menteri Kesihatan turut mengumumkan naik taraf Hospital Rembau kepada Hospital Berpakar Minor. Perjawatan Pakar Perubatan telah diisi mulai tahun 2023.
Hospital ini turut menyediakan perkhidmatan Sleep Study iaitu ujian diagnostik yang melibatkan rakaman beberapa sistem dalam badan semasa pesakit tidur. Dengan wujudnya perkhidmatan ini, tempoh masa menunggu pesakit dapat disingkatkan di samping menjimatkan masa dan kos perbelanjaan pesakit yang perlu mendapatkan perkhidmatan ini di fasiliti kesihatan lain seperti diHospital Serdang.