PIAGAM PELANGGAN

PIAGAM PELANGGAN HOSPITAL REMBAU

Kami berjanji akan memastikan setiap pesakit akan diberi perkhidmatan sebaik mungkin secara professional:-

  1. Setiap pesakit akan diberi rawatan perubatan yang sewajarnya;
  2. Memberikan perkhidmatan yang adil dan saksama kepada semua pelanggan tanpa  mengira umur, bangsa, agama, keturunan dan taraf sosio-ekonomi;
  3. Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, bertimbang rasa, hormat, bersopan santun, jujur dan ikhlas;
  4. Memberi penjelasan perihal dan status pesakit, pelan rawatan dan risiko serta rawatan alternatif sekiranya perlu; 
  5. Kerahsian maklumat pelanggan adalah terjamin;
  6. 100% setiap aduan pelanggan diberi maklum balas dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh aduan diterima.

Untuk melaksanakan Piagam Pelanggan dengan berkesan, pelanggan adalah berkewajipan untuk:

  1. Mematuhi semua undang-undang dan peraturan hospital;
  2. Bekerjasama kepada warga hospital untuk memberi perkhidmatan terbaik;
  3. Bersedia memberi maklumbalas tentang perkhidmatan yang disediakan;
  4. Menggunakan segala kemudahan dengan bertanggungjawab;
  5. Menepati janji; dan
  6. Mematuhi pelan rawatan yang diberi.