UNIT REKOD PERUBATAN

PENGENALAN

Unit Rekod Perubatan adalah salah satu perkhidmatan sokongan di hospital. Unit ini dipertanggungjawabkan untuk mengurus perkara berkaitan perkhidmatan rekod perubatan bagi membantu pihak hospital memberi perkhidmatan rawatan perubatan yang cekap dan berkesan. Unit Rekod Perubatan terletak berhadapan dengan Unit Pentadbiran Hospital Rembau di dalam satu blok bangunan yang sama.
OBJEKTIF

  • Menguruskan perkhidmatan rekod perubatan dengan cekap dan memenuhi kepuasan pelanggan.
  • Memberi perkhidmatan kepada orang ramai dan institusi yang memerlukan maklumat rekod perubatan bagi tujuan perkhidmatan dan medico-legal.
  • Mengurus maklumat dan statistik perubatan dengan tepat dan boleh dipercayai dan bermutu tinggi.
  • Mewujudkan satu sistem penyimpanan rekod perubatan pesakit yang selamat dalam meningkatkan taraf pengawalan kerahsiaan maklumat pesakit.
  • Menguruskan permohonan laporan perubatan dengan cekap dan efisyen serta memastikan laporan perubatan disediakan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.

VISI & MISI

Visi
Menjadi pusat sumber maklumat perubatan yang cemerlang dan memenuhi keperluan pelanggan.

Misi
Menyediakan perkhidmatan maklumat perubatan yang cekap, berkesan dan berkualiti melalui kerja berpasukan dan mesra pelanggan.
SKOP PERKHIDMATAN

  • Pengurusan penyimpanan Rekod Perubatan Pesakit yang melibatkan proses penerimaan, pendaftaran, kemaskini dan penyimpanan mengikut sistem MTDFS. Proses mengesan semula apabila diperlukan bagi tujuan rawatan lanjut, kajian, penyelidikan dan proses laporan perubatan.
  • Pengurusan Laporan Perubatan / Pembedahan. Tuntutan insurans, Lab 90, PERKESO, KWSP dan sebagainya.
  • Pengurusan Statistik dan Maklumat iaitu menyediakan data-data statistik bagi peringkat hospital dengan menggunakan sistem yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
  • Menjalankan aktiviti-aktiviti kualiti seperti HPIA dan NIA/KPI.
CARTA ORGANISASI
Image