BAHAGIAN PENGURUSAN

PENGENALAN 
Bahagian Pentadbiran dan sumber manusia atau dikenali sebagai Admin Hospital Rembau yang diketuai oleh Ketua Bahagian Pengurusan.

OBJEKTIF
  • Memberi  perkhidmatan  yang  efisien  dan  cemerlang  mengikut  peraturan  dan  prosedur  serta mewujudkan suasana bekerja yang selesa bagi membolehkan objektif jabatan tercapai.
  • Melaksanakan   dasar-dasar   kerajaan   dengan   merujuk   kepada   arahan-arahan   semasa, pekeliling dan garis panduan.
  • Menguruskan  sumber  manusia  secara  mantap  supaya  perkhidmatan  yang  diberikan  pada tahap optima. 
  • Melaksanakan   pengurusan   kewangan   dengan   cekap   mengikut   prosedur   dan   peraturan kewangan yang berkuatkuasa dan memastikan peruntukan dibelanjakan dengan berkesan.
  • Menguruskan pembangunan projek mengikut prosedur dan peraturan yang berkuatkuasa bagi memastikan peruntukan dibelanjakan dengan berkesan.
  • Menguruskan  khidmat  kawalan  keselamatan  bagi  menjamin  tahapnya  sentiasa  di  peringkat yang tinggi untuk menjamin keselamatan jabatan.
  • Menguruskan kemudahan/infrastruktur  bagi  keselesaan  kakitangan  jabatan  dan  pelanggan jabatan.
  • Memastikan  urusan  aset  alih  dan  tak  alih  kerajaan  diuruskan  mengikut  prosedur  yang  telah ditetapkan oleh pekeliling.
  • Memastikan agar tatacara pengurusan stor kerajaan dipatuhi mengikut pekeliling.
  • Menguruskan penerimaan dan pengeposan surat-surat dan dokumen terperingkat mengikut prosedur.
  • Memantau perlaksanaan penswastaan Perkhidmatan Sokongan Hospital (PSH) bagi Perkhidmatan Kejuruteraan Fasiliti, Kejuruteraan Biomedikal, Pendobian, Pencucian, Pengurusan Sisa-sisa Klinikal dan Pengurusan Fasiliti mengikut kontrak yang termaktub dalam perjanjian non-konsesi.

VISI BAHAGIAN PENGURUSAN
Menjadi nadi dan penggerak pentadbiran Hospital Rembau yang memberikan perkhidmatan yang efisien, cemerlang dan bermutu tinggi yang boleh dijadikan contoh oleh jabatan lain.

MISI BAHAGIAN PENGURUSAN
Melaksanakan sistem pengurusan yang cekap dan telus melalui kakitangan pentadbiran yang berkelayakan, terlatih, mahir dan mesra pelanggan, berpandukan peraturan, garis panduan dan pekeliling sedia ada, melalui pembentukan jaringan kerjasama dengan lain-lain jabatan dan unit serta sentiasa meningkatkan kemahiran sumber tenaga manusia secara berterusan demi mencapai tahap perkhidmatan kesihatan terbaik.



OBJEKTIF


Melaksanakan urusan perkhidmatan mengikut tatacara dan peraturan dengan cekap serta berusaha memenuhi kehendak pelanggan dalaman dan luaran dengan cepat, tepat dan mesra pelanggan.

POLISI

  1. Bertanggungjawab  terhadap  urusan  perkhidmatan  anggota  seperti Lantikan  perjawatan, cuti,  pengesahan  jawatan,  pemberian  taraf  berpencen  dan  lain-lain  hal  yang  berkaitan dengan perkhidmatan
  2. Menyelenggara Buku Perkhidmatan Kerajaan  dan Rekod Cuti Anggota
  3. Menyelenggara dan mengemaskini fail-fail peribadi anggota.
  4. Penempatan dan orientasi anggota.

OBJEKTIF

  • Memberikan perkhidmatan keselamatan kepada semua kakitangan, pesakit dan pelawat yang berurusan setiap masa;
  • Memberikan jawapan keatas aduan yang dilaporkan dalam tempoh 5 hari bekerja; dan
  • Memantapkan sistem keselamatan yang berkualiti, cekap dan berkesan, telus dan mesra pelanggan berdasarkan nilai-nilai murni.
POLISI

Pengurusan keselamatan Aset/ Dokumen Rasmi/ Pelawat & Staf/
  1. Membantu membuat pemantauan keselamatan aset-aset kerajaan.
  2. Membantu memberikan khidmat nasihat keselamatan fizikal.
  3. Membantu menyiasat insiden pelanggaran keselamatan perlindungan dan Menyediakan laporan.
  4. Membantu menjalankan tindakan pencegahan jenayah.
Pengurusan Syarikat Kawalan Keselamatan 
  1. Membantu mengadakan mesyuarat keselamatan berkala.
  2. Membantu memantau prestasi kerja pengawal keselamatan.
Pengurusan Tadbir Am Unit Keselamatan
  1. Membantu menyediakan dasar dan peraturan keselamatan hospital.
  2. Membantu menguatkuasakan peraturan keselamatan.
  3. Membantu menyelesaikan aduan awam.
Pengurusan Parkir & Lalulintas Hospital
  • Membantu mengurus selia tempahan parkir ‘reserved’.
  1. Membantu kawalan keselamatan di parkir awam.
  2. Membantu membuat kawalan lalulintas.
  3. Membantu menjalankan kawalan keselamatan pelawat VIP dan lawatan rasmi.
Pengurusan Kad Akses/ Pintu Kad Akses & CCTV
  1. Membantu mengurus selia pengeluaran & pemulangan kad akses.
  2. Membantu memantau Sistem CCTV.
  3. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pegawai atasan dari semasa ke semasa.
  4. Memberi khidmat nasihat berkaitan keselamatan perlindungan .
  5. Membantu memantau dan melapor pelanggaran keselamatan perlindungan.
  6. Membantu memantau dan menyelia Syarikat Kawalan keselamatan swasta mengikut kontrak termasuk pamatuhan pengurusan pengawal keselamatan secara dokumentasi dan akreditasi.
  7. Membantu pengurusan dari segi tugas-tugas pelaksanaan keselamatan perlindungan.

OBJEKTIF

Pengurusan Aset dan Stor diuruskan secara cekap teratur dan berhemat selaras dengan Pekeliling Perbendaharaan (PP).
POLISI
  1. Memastikan pengurusan harta modal, aset alih bernilai rendah dan stok dilaksanakan secara cekap, teratur dan berkesan mengikut tatacara yang telah ditetapkan.
  2. Menguruskan aset alih dan stor kerajaan di bawah kawalan Hospital Rembau yang meliputi perkara Penerimaan, Pendaftaran, Penggunaan, Penyimpanan,Pemeriksaan, Pelupusan, Kehilangan dan Hapuskira mengikut prosedur Pekeliling Perbendaharaan (PP).
  3. Mengurus setia mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan (JKPAK) Hospital Rembau.
  4. Menguruskan Stor Utama Alat Tulis Hospital Rembau.
  5. Menguruskan pelantikan pegawai yang berkaitan dengan Pengurusan aset dan stor.
  6. Menyediakan laporan tahunan stor dan aset alih kerajaan Hospital Rembau.
OBJEKTIF


Menyediakan perkhidmatan  yang cekap, berkualiti melalui perkhidmatan telefon dengan peralatan  terkini  mengikut  tatacara  yang  telah  digariskan  dalam  Pekeliling  Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA).

POLISI
  1. Mengendalikan  dengan  cekap  dan  berkualiti  semua  panggilan  telefon  daripada  luar  dan dalam
  2. Menjawab panggilan dengan segera iaitu sebelum deringan kedua atau selewat-lewatnya semasa deringan ketiga.
  3. Menjawab panggilan dengan mesra dan suara yang jelas untuk didengar oleh pemanggil.
  4. Mengendalikan  dengan  cekap  dan  berkualiti  semua  panggilan  telefon  daripada  dalam atau luar dan menyambungkan panggilan kepada agensi/pegawai yang diperlukan.
  5. Penggunaan telefon disediakan hanyalah untuk urusan rasmi sahaja.
  6. Talian yang telah disediakan
  • Satu (1) talian melalui sistem PABX.
  • Dua ratus (200) extension.
  • Sepuluh (10) talian terus.
  • Empat (4) talian kegunaan Mesin Faksimili.
  • Semasa ketiadaan bekalan elektrik semua talian akan berfungsi.

OBJEKTIF

Melaksanakan  pengurusan  kewangan  dengan  cekap  mengikut  prosedur  dan  peraturan kewangan yang berkuatkuasa dan memastikan peruntukan dibelanjakan dengan berkesan.
POLISI
  1. Menyediakan dan membuat pembayaran gaji serta elaun-elaun anggota
  2. Menguruskan semua peruntukan dan memastikan perbelanjaan kewangan yang berhemah dilaksanakan.
  3. Memproses dan membuat bayaran semua bil-bil mengikut prosedur yang telah ditetapkan.