PENGENALAN
Jabatan Radiologi merupakan perkhidmatan sokongan klinikal yang menyediakan perkhidmatan radiologi kepada pesakit dalam (wad), pesakit luar (Jabatan Kecemasan dan Trauma, Klinik Pakar dan Klinik Sejahtera). Selain itu, Jabatan Radiologi Hospital Rembau juga memberikan perkhidmatan radiologi kepada pesakit-pesakit yang dirujuk dari Klinik-klinik Kesihatan yang berhampiran. Antara perkhidmatan yang diberikan adalah:
I. Perkhidmatan Diagnostik:
- Menyediakan perkhidmatan Radiografi Am (General Radiography).
- Perkhidmatan Radiografi Am Mudah Gerak (Mobile X-ray) di Jabatan Kecemasan & Trauma, wad-wad dan Unit Forensik.
- Perkhidmatan Ultrasound.
- Perkhidmatan CT Scan.
- Laporan bagi Radiografi Am (General X-ray reporting).
II. Menguruskan permohonan pemeriksaan radiologi khas ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS)
- Unit Radiologi Hospital Rembau akan menerima, menghantar, mendapatkan tarikh temujanji, laporan bagi pemeriksaan radiologi khas dari Hospital Rembau seperti Fluoroskopi, MRI, Mammografi serta pemeriksaan ‘Interventional Radiology.’
VISI & MISI
VISI
Menyediakan perkhidmatan Radiologi yang berkualiti, cekap, tepat, selamat, dan mempunyai nilai diagosa yang tinggi.
MISI
Memberi perkhidmatan secara profesional dan efisyen menggunakan peralatan berteknologi tinggi dengan anggota yang kompeten.
Memberi perkhidmatan secara profesional dan efisyen menggunakan peralatan berteknologi tinggi dengan anggota yang kompeten.
OBJEKTIF
- Memastikan pesakit mendapat pemeriksaan radiologi secara profesional berdasarkan garis panduan, akta dan undang-undang dalam perlindungan radiasi.
- Memberikan perkhidmatan radiologi pada tahap optimum dan menghasilkan imej yang berdiagnosa tinggi serta memberikan penjagaan pesakit secara menyeluruh.
- Memastikan semua anggota Jabatan Radiologi adalah kompeten dan mempunyai kelayakan yang diperakui.
CARTA ORGANISASI
