UNIT FORENSIK

SKOP PERKHIDMATAN

  1. Perkhidmatan penerimaan, penyimpanan dan penyerahan jenazah.
  2. Menyediakan tempat dan peralatan untuk menjalankan bedah siasat / post mortem.
  3. Menyediakan bilik / kemudahan pengurusan jenazah.
  4. Perkhidmatan kereta jenazah.

KESELAMATAAN UNIT FORENSIK

  1. Semua pintu masuk/keluar unit Forensik dipastikan sentiasa berkunci semasa tiada kakitangan berada di unit Forensik walaupun semasa waktu pejabat.
  2. Kunci unit Forensik mestilah diserahkan kepada Penolong Pegawai Perubatan Y/M di Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Rembau selepas waktu pejabat.
  3. Peminjaman dan pemulangan kunci untuk urusan pembersihan dan penyimpanan jenazah mesti direkodkan di dalam Buku Rekod Pergerakan Kunci unit Forensik yang diletakkan di Jabatan Kecemasan dan Trauma.
PENYIMPANAN JENAZAH

  1. Jenazah disimpan pada suhu +-2 kecuali bagi jenazah yang dituntut dalam tempoh 4 jam.
  2. Setiap peti sejuk mayat mestilah dilabel dan sama dgn tag pengenalan mayat.
  3. Hospital Rembau tidak menyediakan perkhidmatan penyimpanan mayat sementara daripada individu ataupun pertubuhan persendirian. Bagaimanapun kebenaran penyimpanan sementara boleh dipertimbangkan dengan kelulusan Pengarah Hospital. Dalam keadaan ini mayat akan dikendalikan sebagai mayat BID.
PENYERAHAN JENAZAH

  1. Penolong Pegawai Perubatan Unit Forensik/ Unit kecemasan dan Trauma bertanggungjawab dalam penyerahan jenazah.
  2. Penyerahan jenazah kes polis / mediko legal mestilah dengan keizinan pegawai polis menyiasat (IPO) dan pegawai perubatan yang mengendalikan kes.
  3. Waris / pihak yang menuntut dan menerima jenazah mestilah menandatangani Buku Daftar Kematian.
DAFTAR KEMATIAN

  1. Hanya ada satu Buku Daftar Kematian untuk seluruh Hospital Rembau.
  2. Buku Daftar Kematian (PER-PD 105) sentiasa berada di Unit Forensik.
  3. Penolong Pegawai Perubatan Unit Forensik/ Unit Kecemasan dan Trauma bertanggungjawab merekod semua kes yang dimasukkan ke Unit Forensik.
  4. Penolong Pegawai Perubatan Unit Forensik/ Unit Kecemasan dan Trauma bertanggungjawab dalam penerimaan dan penyerahan jenazah.
  5. Waris / pihak yang menuntut dan menerima jenazah mestilah menandatangani Buku Daftar Kematian semasa menuntut jenazah.
  6. Semua ruangan dalam Buku Daftar Kematian mestilah diisi dengan lengkap.
  7. Jika berlaku kesilapan dalam pengisian maklumat dalam Buku Daftar Kematian, batalkan semua kemasukan maklumat tersebut dengan membuat satu garisan dan tandatangan ringkas. Penggunaan liquid paper adalah tidak dibenarkan.
  8. Rekod kematian dalam Buku Daftar Kematian dilakukan dengan menggunakan pen merah bagi kes polis dan warna biru atau hitam bagi kes kematian biasa
BEDAH SIASAT

  1. Semua kes bedah siasat mestilah dengan persetujuan waris kecuali bagi kes-kes yang tertakluk kepada peruntukan Undang-undang Kanun Prosedur Jenayah (Akta 593) seksyen 331.
  2. Semua kes yang memerlukan bedah siasat klinikal mesti ada persetujuan bertulis dari waris yang terdekat.
  3. Semua kes yang memerlukan bedah siasat mediko legal mesti ada arahan dengan menggunakan Borang Polis 61.
  4. Hanya kakitangan yang berkenaan sahaja dibenarkan berada di dalam bilik semasa bedah siasat dijalankan. Anggota polis dibenarkan masuk atas kebenaran oleh pegawai perubatan yang menjalankan bedah siasat.
  5. Bagi kes BID, bedah siasat sekiranya diperlukan, akan dilakukan oleh pegawai perubatan yang bertugas di Jabatan Kecemasan dan Trauma.
  6. Bagi kes kematian di wad, bedah siasat dilakukan oleh pegawai perubatan yang terakhir merawat pesakit