UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI

PENGENALAN
Unit Teknologi Maklumat dan Komunikai berperanan dalam memberikan sokongan Teknikal ICT dan sistem aplikasi 
kepada Hospital Rembau bagi memastikan kemudahan dan perkhidmatan ICT dapat digunakan dalam membantu pengurusan hospital menjalankan fungsi-fungsinya dengan cekap dan berkesan. Unit Teknologi Maklumat juga memastikan sistem rangkaian dan pentadbiran ICT yang ketersediaan dan keselamatan berada pada tahap optimum dan selamat bagi kemudahan mengakses sistem kerajaan dan juga sistem Hospital Rembau  seperti HIS, PHIS, HRMIS, ePerolehan, IGFMAS dan lain-lain. UTMK Hospital Rembau sentiasa berusaha meningkatkan kecekapan perkhidmatan kepada pengguna dengan membudayakan penggunaan teknologi ICT yang terkini. Ini secara langsung akan memberikan impak positif dalam memenuhi keperluan dan ekspektasi pengguna yang mengharapkan perkhidmatan ICT yang cekap dan berkesan bagi menyokong keperluan jabatan-jabatan di Hospital Rembau. 
VISI & MISI


VISI

Memberi khidmat sokongan teknikal ICT dan aplikasi yang efisien kepada setiap pengguna di Hospital Rembau bagi memastikan aplikasi, kemudahan dan perkhidmatan ICT dapat digunakan dengan cekap dan berkesan dalam membantu pelaksanaan fungsi - fungsi unit selain membudayakan penggunaan ICT dikalangan warga kerja hospital.


MISI

Mengautomasikan proses kerja yang bersesuaian bagi meningkatkan produktiviti dan keberkesanan perkhidmatan penjagaan kesihatan melalui penggunaan dan pelaksanaan sistem aplikasi ICT serta membudayakan penggunaan ICT di kalangan warga hospital dengan latihan yang dianjurkan disamping mematuhi dasar keselamatan ICT (DKICT) Kementerian Kesihatan Malaysia.

FUNGSI UTAMA


Fungsi - fungsi utama Unit Teknologi Maklumat dan Komunikasi ialah seperti berikut :

  1. Pelaksanaan tadbir urus unit dan pengurusan keperluan ICT

  2. Perancangan dan pengurusan aset ICT

  3. Kawalan dan penyediaan infrasturktur rangkaian serta pemantauan projek ICT Kementerian Kesihatan Malaysia

  4. Penyelenggaraan Perkakasan dan Perisian ICT

  5. Keselamatan ICT di hospital.

CARTA ORGANISASI
Image