UNIT KEWANGAN & HASIL

OBJEKTIF
  1. Untuk memastikan 80% kutipan hasil dikutip daripada bil pesakit (in-patient) yang dikeluarkan semasa pesakit discaj dan caj yang dikenakan mengikut peraturan kewangan dan Akta Fi 1951 – Perintah Fi (Perubatan) 1982, Perintah Fi (Perubatan) (Pindaan) 1982 dan Perintah Fi (Perubatan) (Pindaan) 2014, Perintah Fi (Perubatan) (Pindaan) 2017 yang sedia  ada sebelum meninggalkan wad bagi mengurangkan tunggakan.
  2. Memastikan 90% masa menunggu bagi urusan bayaran adalah dalam tempoh 15 minit dan 10% dalam tempoh kurang 15 minit
  3. Pemulangan baki deposit disediakan dalam tempoh 10 minit dan menyerahkan amaun yang secukupnya kepada pendeposit mengikut baki di bil pesakit

POLISI
  1. Mematuhi arahan serta garis panduan dari semasa ke semasa dan semua Pekeliling dan Surat-surat Pekeliling (Perbendaharaan dan Perkhidmatan), Akta Fi 1951 – Perintah Fi (Perubatan) 1982, Perintah Fi (Perubatan) (Pindaan) 1982 dan Perintah Fi (Perubatan) (Pindaan) 2014, Perintah Fi (Perubatan) (Pindaan) 2017, Arahan Perbendaharaan dan Perintah Am.
  2. Semua urusan bayaran bil hospital dan lain-lain bayaran diuruskan oleh Unit Hasil pada waktu pejabat termasuk hari mingguan dan kelepasan Am bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.  Selepas waktu pejabat, segala urusan bayaran bil hospital, bayaran penggunaan kereta jenazah dan ambulan boleh dibuat di Jabatan Kecemasan dan Trauma.  
  3. Semua bil rawatan pesakit dalam akan dikenakan caj mengikut garis panduan dan arahan seperti dalam Akta Fi 1951 – Perintah Fi (Perubatan) 1982, Perintah Fi (Perubatan) (Pindaan) 1982 dan Perintah Fi (Perubatan) (Pindaan) 2014, Perintah Fi (Perubatan) (Pindaan) 2017 dan akan di keluarkan dalam tempoh 15 minit daripada masa menunggu
  4. Memastikan pesakit/waris pesakit menjelaskan bil hospital semasa discaj dan sebelum meninggalkan wad.
  5. Bagi kes-kes pengurangan/pengecualian bayaran bil hospital hanya Pengarah Hospital dan pegawai-pegawai yang diberi kuasa sahaja yang boleh menentukan/memberi pengurangan berdasarkan garis panduan yang ditetapkan.
  6. Memastikan semua bayaran balik baki cagaranpesakit hospital mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Perbendaharaan dan KKM akan dibuat pada waktu pejabat sahaja.
PROSEDUR
  1. Membuat kutipan kepada pelanggan-pelanggan hospital berdasarkan Perintah FEE 1982, 1994 dan pindaan-pindaan
  2. Menghantar  surat peringatan kepada  pelanggan-pelanggan  yang  belum  menjelaskan  bil mengikut prosedur yang ditetapkan
  3. Memastikan anggota yang bertugas di Unit Hasil telah diberi kuasa seperti dalam Arahan Perbendaharaan :
  1. AP 69 –Kuasa Mengutip dan menerima wang
  2. AP 70(a) –Kuasa menulis dan menandatangani resit
  3. AP 73 dan 80(b) –Kuasa merekod pungutan dan menyemak buku tunai
  4. AP 70(b) –Kuasa menggunakan sistem Resit Bermesin
  5. AP 629b) –Kuasa membatalkan resit
  6. AP 11/53 –Kebenaran memasukan pungutan ke Bank
  7. AP 71(a)–Kebenaran untuk pendaftar mel
  1. Menyediakan perkara-perkara berikut:
  1. Menyediakan Laporan Tunggakan Hasil Belum Terima (A.B.T)
  2. Laporan Daftar Caj Hospital
  3. Laporan Bulanan dan Tahunan Kutipan Hasil
  4. Membuat Penyata Penyesuaian Hasil pada tiap-tiap bulan
  5. Merekod Buku Tunai setiap hari
  6. Menyimpan buku-buku resit dan borang hasil yang dikawal didalam tempat berkunci samada yang belum digunakan atau sudah digunakan untuk tujuan audit
  7. Menghantar kutipan hasil apabila mencapai RM 500.00 setiap hari ke bank.
  1. Waktu Operasi:
  • Isnin –Khamis: 08.00 pagi –1.00 petang; 02.00 petang –5.00 petang
  • Jumaat: 08.00 pagi –12.15 pagi; 02.45 petang –5.00 petang 
  1. Layanan di kaunter
  • Kaunter    diberi    tanggungjawab    mengendalikan    pelanggan    dengan    mesra, berdedikasi dan efisyen.
  • Memberi layanan yang adil dan saksama kepada semua pelanggan tanpa mengira kedudukan dan mengutamakan orang tua dan kurang upaya.
  • Menyediakan tempat duduk yang selesa.
  • Selain itu, memberi pengecualian caj kepada pesakit yang kurang berkemampuan dari  kalangan  warganegara  setelah  diperakukan  oleh  Ketua-Ketua  Masyarakat, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan lain-lain Badan Kerajaan atau Bukan Kerajaan yang bertauliah.
  • Mengoptimakan pungutan hasil dan meminimumkan tunggakan hasil.
  • Mengesyorkan  tindakan  hapus kira  kepada  tunggakan hasil  yang  tidak  dapat  di kutip daripada  orang  awam  setelah  daya usaha  dijalankan  untuk  memungutnya tidak Berjaya.